Jumaat, 19 Mei 2017

Mahathir : Dasar ‘Najib’ punca pengangguran tinggi

Dasar dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu meningkatkan jurang pendapatan masyarakat Malaysia, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, pentadbiran ‘Kerajaan Najib’ gagal memberi tumpuan terhadap aspek peluang pendapatan penyebab berlakunya pengangguran tinggi.

tun-m“Dasar Najib ialah untuk mendapatkan pendapatan tinggi. Tetapi cara ini tidak mampu menyelesaikan masalah kerana jika pendapatan bertambah, kos hidup juga menjadi tinggi.
“Ini berlaku di negara-negara inflasi tinggi kerana kejatuhan nilai mata wang seperti di Malaysia.
“Caranya untuk atasi pengangguran ini dengan kekalkan keamanan bagi menarik peluang pelaburan tempatan dan luar negara bagi menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak,” katanya pada sesi siaran langsung di Facebook miliknya, hari ini.
Tun Mahathir berkata, keberhasilan saranan itu diyakini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara dominan dan bersifat ‘friendly country’ terhadap kebajikan rakyat seluruh negara.
Sebelum ini, Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dalam kajian antarabangsa mendedahkan isu pengangguran dunia dijangka berterusan buat satu jangka masa panjang.
Sementara laporan dalam negara yang memetik butir-butir daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan pengangguran dalam kalangan siswazah memuncak pada September lalu, kepada 34 peratus berbanding 30 peratus tiga tahun lalu.
Sehingga kini, di peringkat Kerajaan tiada sebarang pelaksanaan dasar yang mampu membantu golongan siswazah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA