Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikritik kerana tidak mengambil
tindakan terhadap 'jerung, buaya besar' seperti mereka yang didakwa
terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berkaitan skandal 1MDB.
Menyifatkannya sebagai 'penjenayah besar ekonomi', Ketua Menteri Lim
Guan Eng menggesa LHDN menghentikan amalam pilih kasih dan menjejaki
ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho berkaitan skandal
1MDB.
Lim berkata, kegagalan LHDN untuk bertindak ke atas Low, yang lebih
dikenali sebagai Jho Low, hanya menunjukkan agensi itu mengamalkan pilih
kasih dan menimbulkan syak orang ramai jika benar-benar menjalankan
tugas dalam mengekang pengelak cukai.
"Awam akan bertanya mengapa hanya ambil tindakan ke atas ikan kecil
dan bukan jerung atau buaya besar," sindir setiausaha agung DAP itu
dalam sidang akhbar di Pulau Pinang, hari ini.
Beliau merujuk kepada rampasan terkini LHDN sebanyak RM126 juta
daripada Pengerusi Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew.
LHDN juga telah memberi amaran kepada pemimpin korporat dan ahli perniagaan untuk tidak mengelak daripada membayar cukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA