Rabu, 10 Mei 2017

Kongres Anak Muda bukan mengampu seperti TN50


Tidak seperti TN50 KAMM2017 fokus kepada realiti yang membelenggu golongan mudaTidak seperti TN50 KAMM2017 fokus kepada realiti yang membelenggu golongan muda
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berpendapat penganjuran Kongres Anak Muda Malaysia 2017 (KAMM2017) bukan bersifat mengampu seperti Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan Perdana Menteri.
Shazni Munir Mohd IthninShazni Munir Mohd IthninMenurutnya, KAMM2017 yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 13 dan 14 Mei ini melibatkan ratusan organisasi anak muda dari seluruh negara.
"KAMM2017 bakal memperlihatkan kesatuan anak-anak muda dalam mengemudi hala tuju bersama bagi menggerakkan perubahan.
"Kongres ini tidak akan membincangkan hal-hal atas angin yang tidak menjejak. Kalau Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) mahu hanyut dengan TN50 bertujuan semata-mata mahu mengampu Najib, itu tidak ada kena-mengena dengan anak muda," tegasnya.
KAMM2017 membolehkan individu yang mendaftar menjadi peserta membahaskan usul sepanjang kongres berkenaan berlangsung dengan 10 usul yang mendapat undian tertinggi diangkat menjadi Deklarasi Anak Muda.
Sementara itu, TN50 yang diumum ketika pembentangan Bajet 2017 pada 22 Oktober tahun lalu dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan kononnya bagi menyediakan generasi baharu berjaya dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Mengulas lanjut, Shazni menyifatkan kongres inisiatif dari Gerakan Anak Muda Demi Malaysia (Demi Malaysia) itu digerakkan ketika politik dan simpang-siur urus tadbir negara semakin membungkam.
"Tentang TN50 yang dibawa Najib Razak, hakikatnya anak muda Malaysia tidak buta. Apakah yang ditawarkan TN50 boleh membawa kembali puluhan billion wang negara yang hilang?
"Masakan segala permasalahan yang membelenggu anak muda ketika ini boleh selesai dengan gagasan yang langsung tidak menyentuh pelan mengembalikan wang negara yang lesap?" bidasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Sehubungan itu, Shazni menegaskan pelbagai isu melibatkan anak muda dan negara yang akan dibahas dalam kongres tersebut adalah langkah awal bagi reformasi tulen dalam mewujudkan negara berintegriti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA