Rabu, 17 Mei 2017

Hannah komited jalankan amanah tanpa mengira kaum, agama – Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Pegangan agama tidak pernah menghalang Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang politik.
Demikian luah Ketua Angkatan Pemuda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad yang terganggu dengan serangan tidak berasas yang cuba menggambarkan Hannah sebagai ahli politik yang kononnya mempunyai agenda tersembunyi.
Menyifatkan ia sebagai tidak berasas, Nik Nazmi berkata, tuduhan yang kemudiannya disebarkan media seperti Utusan dan Harakah serta blog pro-UMNO itu hanya bermotifkan politik dengan niat ingin mencalarkan imej wakil rakyat DAP itu.
“Untuk pengetahuan ramai, Hannah merupakan seorang sahabat yang saya telah lama kenali sejak bertanding bersama untuk Pilihan Raya 2008 di dalam Parlimen Kelana Jaya untuk kerusi DUN kami masing-masing.
“Kemudian kami juga bekerjasama di Dewan Negeri Selangor apabila beliau dipilih menjadi Speaker (Dewan Negeri Selangor) dan saya Timbalan Speaker selepas Pilihan Raya 2013,” coretnya dalam kemaskini status di laman sosial Facebook, semalam.
Katanya, Hannah merupakan seorang wakil rakyat yang amat disegani, malah berusaha keras memastikan sekolah agama di kawasan jagaannya mendapat peruntukan yang sewajarnya daripada kerajaan negeri.
“Malah beliau juga sering menghadiri program di masjid dan surau serta menghormati adab tempat ibadah sehinggakan pernah dikecam oleh MCA kerana memakai skaf di masjid.
“Hannah telah memperkenalkan banyak pembaharuan yang memberi ruang kepada UMNO di Dewan Negeri untuk memainkan peranan sebagai pembangkang,” katanya.
Beliau turut mengakui bahawa dirinya mudah bekerjasama dengan ahli politik yang terdorong nilai-nilai positif agama yang dianuti mereka.

“Sebagai seorang ahli politik yang mendapat dorongan agama Islam untuk terlibat di dalam masyarakat, saya juga mempunyai ramai sahabat beragama Kristian yang saya senang membincangkan titik persamaan serta perbezaan nilai kepercayaan masing-masing,” katanya.
Baginya, kepercayaan adalah hak individu dan komitmen seseorang pemimpin untuk terlibat dalam isu-isu negara tidak harus dipersoalkan hanya kerana pegangan agama mereka.
“Utusan Malaysia, Harakah dan media lain seharusnya lebih peka akan perkara yang melibatkan sensitiviti agama kerana ia boleh memecah belahkan masyarakat dan membawa kesan yang padah,” katanya.
Isnin lepas, Hannah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, USJ 8 terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Yusoff yang memfitnah beliau kononnya mempunyai agenda tersembunyi.

4 ulasan:

  1. Hannah seorang yang baik dan amanah. Kata beliau agama beliau yang mendorong beliau menjadi seorang yang bertanggung jawab. Bagus.

    Sebenarnya semua agama ajar pengikutnya untuk menjadi baik. Rata-rata kita lihat orang yang berpegang pada ajaran agama adalah orang baik.

    Tahniah Hannah.... kami hormat anda. Anda seorang peguam dan wakil rakyat yang disayangi rakyat.

    BalasPadam
  2. Setuju... saya pun ramai kawan yang berlainan agama dan mereka orang baik2. Ada juga kawan seagama tetapi ada yang tak amanah.

    BalasPadam
  3. Orang pun cantik..... hati baik..... pelajaran ada.... hebat Hannah!!!!

    BalasPadam
  4. Harakah pun sekarang penyambung fitnah....masyaa Allah...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA