Ahad, 14 Mei 2017

Enggan lepas jawatan, PAS tunjuk ‘wajah sebenar’

Rafizi Ramli berkata pengundi akan sedar parti itu hanya mahukan jawatan dan ganjaran.
rafizi-ramli-pas-cowardSUBANG JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mahu exco PAS kekal dalam kerajaan negeri kerana ia akan mendedahkan perhatian sebenar PAS kepada pengundi – jawatan dan ganjaran.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri kerana pada pilihan raya lepas pengundi memilih PAS bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan negeri.
Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, berkata demikian menjawab seruan Pemuda Amanah yang mahu rombakan dilakukan selepas PAS meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada 30 April lepaS.
Rafizi berkata ia berita baik untuk Pakatan Harapan kerana wajah sebenar PAS akan tertunjuk lagi lama PAS kekal dalam kerajaan negeri.
“Pengundi atas pagar ambil masa untuk menilai parti politik. Setiap hari PAS kekal dalam jawatan mereka di Selangor ia hanya akan menunjukkan PAS hanya mahukan jawatan dan ganjaran, bukan perjuangan dan aspirasi rakyat.”
Beliau bercakap selepas pelancaran buku “Panduan Bina Semula Negara (Jilid 1)” di Hotel Empire Subang hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata alasannya mahu PAS kekal dalam kerajaan negeri mungkin berbeza daripada Azmin.
“Mengapa dan bagaimana menteri besar capai keputusan itu, itu hak beliau.
“Mungkin beliau mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kerajaan negeri bertahan.
“Saya pula mempunyai tanggungjawab lain dan paling berminat untuk memastikan kita menggantikan (Datuk Seri) Najib Razak (perdana menteri) pada pilihan raya akan datang.”

Muktamar PAS sebulan suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada 30 April lepas.
Keputusan diluluskan Majlis Syura Ulama PAS Khamis lepas.
Pada 28 April, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menyeru PAS berundur dari pentadbiran kerajaan negeri sekiranya parti itu ambil keputusan memutuskan kerjasama.
PAS mempunyai 3 exco – Datuk Iskandar Abdul Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – serta ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan.
Timbalan Speaker Selangor Shafie Ngah juga daripada PAS.

6 ulasan:

  1. Parti tak tahu malu. Sudah bercerai tapi duduk sebumbung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa kata depa tinggal sebumbung?
      Depa duduk se bilik tu, bukan sebumbung!! Hehe

      Padam
  2. Patutnya lebai-lebai membawa contoh terbaik utk diikuti dan diteladani oleh semua rakyat.

    Sebermula perpecahan parti cap bulan dan selepas ianya dipimpin puok lebai-lebai, parti dah celaru serta keliru. Lebai-lebai ni jatuhkan nama agama dengan sikap yang tak tau malu tu!!

    Mac ni ke gaya politik lebai-lebai cap bulan? Hodoh dan kohong!!#

    BalasPadam
  3. Aku yg ahli PAS pun rasa malu, inikan pula YB2 yang bawa nama PAS tapi sayang nak tinggalkan jawatan. Maruah PAS semakin meruncing sekarang.

    BalasPadam
  4. untuk kalian yang menunggu liburan dan bingung untuk cari tempat yang NYAMAN,MURAH dan STRATEGIS :) langsung aja yu kunjungi di HOSTEL MURAH DI BANDUNG COCOK UNTUK BACKPACKER

    BalasPadam
  5. Hadi dn UG ptut dsingkirkn...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA