Jumaat, 26 Mei 2017

Dan pemenang pertandingan esei ‘Kit Siang rasis’ adalah…

Raja Petra dan akhbar pro-Umno Utusan Malaysia antara 29 peserta memenangi hadiah berjumlah RM50,000.
musawin1
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan 29 peserta yang memenangi RM50,000 dalam pertandingan menulis karangan anjurannya mengenai pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Pertandingan esei itu bertemakan Kit Siang, untuk menjawab soalan “Rasis, anti-Islam, 51 tahun diktator, adakah benar?”
Pertandingan itu merangkumi 4 kategori iaitu penulisan artikel, penulisan blog, video dan infografik, disertai 1,200 peserta.
Antara pemenang pertandingan tersebut termasuklah penulis blog pro-Umno, Raja Petra Kamarudin, dan akhbar parti itu, Utusan Malaysia.
Sebuah video rakaman lama ucapan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP rasis turut tersenarai memenangi pertandingan tersebut.
Bagaimanapun, hadiah utama berjumlah RM10,000 dimenangi kumpulan penulis yang enggan mendedahkan namanya, yang menghantar artikel bertajuk “DAP Bahaya Kepada Melayu-Islam Di Malaysia”.
Keputusan itu diumumkan oleh Datuk Yazid Othman yang mempengerusikan panel 10 hakim hari ini.
musawin123
Antara senarai penulisan yang menang ialah:
“Bahaya DAP kepada Melayu-Islam di Malaysia” (siri 16 artikel)
Penulis: Tidak ingin dinamakan.
“Lim Kit Siang – Pasimisme dan Kediktatoran Politik”
Penulis: Mohamed Firdaus Zainal
“Puad Zakarshi: Tindak-Tanduk memang rasis”
Penulis: Amizul Tunizar Termizi, Utusan Malaysia
“Dasar-dasar Kit Siang inikah yang orang Cina mahu?”
Penulis: Facebook “Anti Semua Salah Umno ASSU”
“Easy to Prove Kit Siang is Anti-Islam, Anti-Malay, Anti-Monarchy”
Penulis: Raja Petra Kamarudin

Rata-rata pemenang menghantar wakil untuk menerima hadiah yang dimenangi.
Kebanyakan tidak mahu nama mereka disebut atas faktor keselamatan.
“Kebanyakan pemenang tidak dapat hadir dan menghantar wakil dan ada di kalangan mereka juga tidak mahu disebutkan nama,” kata pengacara majlis.
Hadiah disampaikan sendiri Annuar.
Pada 24 Mac lalu, Annuar menawarkan hadiah RM50,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mengemukakan bahan, fakta atau penulisan yang menggambarkan Kit Siang seorang rasis, anti-Islam, anti-Melayu dan diktator politik.
Jumlah itu kemudian meningkat 5 kali ganda berbanding RM10,000.
Annuar berkata, hadiah sumbangan individu yang hanya mahu dikenali sebagai “hamba Allah”.

2 ulasan:

  1. Bercampur dgn org bodoh dn korup, penulis2 tu sama mcm Annuar Porche.

    BalasPadam
  2. Knp tak mahu nama disebut? Malu? Mcm MO1. Raja putar alam dan utusan dah sah cauvinis melayu!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA