Jumaat, 12 Mei 2017

Berdosa untuk Pas kekal dengan 'pengkhianat'..!!

Hubungan PKR dan Pas kini tidak ada lagi tetapi Pas mahu kekal dalam kerajaan Selangor.Hubungan PKR dan Pas kini tidak ada lagi tetapi Pas mahu kekal dalam kerajaan Selangor.

Jika pengkhianatan PKR diyakini oleh Pas dan pimpinannya, tentulah berdosa untuk Pas terus bersubahat dengan parti yang khianat dalam kerajaan negeri Selangor, kata penulis politik.
Mohd Sayuti Omar dalam satu tulisannya berkata, kalau PKR itu mungkir janji dan orang yang tidak boleh dipercayai, tidak wajar kalau Pas tidak mengarahkan tiga Exconya melepaskan jawatan.
Sayuti OmarSayuti Omar"Begitu juga dengan 5,000 ahlinya yang dilantik memegang jawatan dalam kerajaan?
"Membiarkan mereka berada dalam kerajaan Selangor seperti menghimpun dosa buat mereka," katanya.
Beliau mengulas keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang mengesahkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR tetapi Pas Selangor pula membuat keputusan untuk terus kekal dalam kerajaan negeri sehingga pilihan raya.
Ketika membuat keputusan itu, Majlis Syura memberikan tiga pelanggaran tahaluf siasi yang dibuat oleh PKR iaitu:
a. Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355.
b. Melanggar adab-adab berkerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS.
c. Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya dengan bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Menurut Sayuti, wakil rakyat Pas seramai 13 orang itu tidak perlu melepaskan jawatan kerana mereka dipilih oleh rakyat dan kemenangan mereka bukan bersebab besar daripada PKR.
"Mereka boleh kekal. Tetapi kedudukan Exco dan penjawat dalam semua agensi kerajaan itu membabitkan kerajaan yang mana MBnya daripada PKR?" kata Sayuti.
Bagi beliau, perlu dan patut sengat Pas mengarahkan Adunnya yang menjadi Exco agar mengosongkkan kerusi.

Apapun perhitungan lain dibuat untuk mengekalkan kedudukan Adun dan penjawat dalam agensi kerajaan itu tidak boleh diterima, katanya.
"Insya-Allah maruah dan keyakinan orang ramai kepada Pas lebih hebat lagi sekiranya ketiga-tiga Exco daripada Pas itu meletak jawatan," katanya.
Bagi beliau, peletakan jawatan itu akan dilihat itulah keberanian dan kesucian perjuangan Pas.
"Jangan pula satu masa benci PKR di masa lain seronok dengan MB dari partinya," katanya.

2 ulasan:

  1. Mcm org bercerai tapi mahu tinggal sebumbung. Haram ggitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak akan jadi haram bilamana ia melibatkan keputusan yg dibuat oleh ostad2 cap bulan

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA