Rabu, 31 Mei 2017

Benarkan kami berniaga, penjawat awam beritahu Najib

Ramai penjawat awam kini berniaga tetapi takut-takut sebab tidak distrukturkan kaedah yang betul, katanya pada forum TN50.
tn50-najib-razak-penjawat-awamPUTRAJAYA: Seorang kakitangan kerajaan hari ini mencadangkan kepada perdana menteri supaya penjawat awam diberikan peluang berniaga sebagai langkah menambahkan pendapatan mereka.
“Ia akan meningkatkan ekonomi penjawat awam dan keluarga, motivasi dan meningkatkan nama kerajaan sebagai sebuah perkhidmatan yang memberi perkhidmatan yang cemerlang,” kata Azhar Zainulrashid yang bekerja di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menjelaskan harapannya di majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
“Secara tidak langsung mengurangkan dan menamatkan gejala rasuah yang menjadi barah kepada negara,” katanya.
Azhar berkata penjawat awam kini sudah melakukan inisiatif sendiri untuk menambah pendapatan, tetapi dalam keadaan “takut-takut” kerana bimbang diambil tindakan.
“Ramai penjawat awam kini berniaga tetapi takut-takut sebab tidak distrukturkan kaedah yang betul,” katanya.
“Saya bayangkan harga rumah teres pada 2050 bernilai RM2 juta hingga ke RM3 juta pada 2030 atau mungkin sudah tiada rumah di atas tanah.
“Penjawat awam berada dalam kelompok B40,” katanya “Orang kata agak kaya, tetapi tidak begitu sebab faktor komitmen.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA