Rabu, 17 Mei 2017

Awas, musuh Islam mahu rampas kuasa sembang PAS

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan memberi amaran bahawa musuh-musuh Islam sedang cuba merampas kuasa.
Oleh itu, beliau berkata, umat Islam perlu berhenti bertelingkah sesama sendiri dan bersatu.
"Musuh Islam telah bersatu biarpun berbeza ideologi dan parti untuk menguasai ekonomi dan politik negara.
"Mereka lupakan sempadan dan batas antara mereka untuk melampiaskan dendam dan merealisasikan kebencian terhadap Islam," tambahnya dalam kenyataan yang diedarkan melalui WhatsApp.
Bagaimanapun, Nasrudin tidak mengulas lanjut mengenai musuh-musuh Islam berkenaan dan berkata, ia hanya satu peringatan kepada umat Islam.
Dalam mesej itu, beliau turut menggesa umat Islam mengetepikan perbezaan politik dan kepercayaan yang berbeza dalam cara amalan agama Islam.
"Jangan hanya kerana beza mazhab feqah dan fahaman politik, kita bertelagah tanpa noktah.
"Bercakar tidak sudah dalam perkara remeh dan furu', akhirnya ummah hilang kekuatan lantas binasa.

7 ulasan:

  1. Hg pa kut musuh Islam paaa..

    BalasPadam
  2. Yg mkn duit rakyat, yg ambik duit rakyat, yg terima duit rayat, yg mkn duit RM90J itulah musuh islam sebenarnya. Bukan mereka yg pertahankn hak rakyat...

    BalasPadam
  3. Aku jangka lps PRU 14, dia ni bukan lagi MP sbb rakyat dah tak sokong pas. Dia menang dulu atas tikit Pakatan rakyat. Biarlah dia kata apa pun, kita abaikan aje.
    Mana ada wakil parlimen pas yg bersuara spt wakil pkr dan dap dengan fakta kukuh tentang penyelewengan 1mdb, src , nfc, rm jatuh,

    BalasPadam
  4. Melayu tak sudah2 ditakut-takutkan. Masa kecik ditakutkan dgn hantu. Masa remaja ditakutkan kawin dgn org tua kalu menanyi di dapur. Dah tua ditakutkan musuh Islam. Nak takut apa? Allah bersamanorg yg bertaqwa. Org yg mencuri, beri dan terima rasuah memang takut kalau kuasa berpindah kpd pihak lainm

    BalasPadam
  5. Lebih baik hang pi tgk pay per view drp dok merapu tak tentu pasai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah...yg produced pay per view tu memang musuh Islam. Tapi yang hang pi tengok tu, apa kejadahnya !!!

      Padam
  6. hahahahaha...haha... haha...PAY PER VIEW ...... lebai ayam pun suka VIEW benda tu..... ceramah agama bukan main.... dok kelentong orang Melayu.

    Inilah dinamakan Ular Dalam Semak.... gua tadak caya sama ini macam punya lebai. Sorry....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA