Rabu, 10 Mei 2017

Apa kata rakyat jika Rafizi jadi Ketua Audit Negara

Berikutan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menyatakan hasrat memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara sekiranya Pakatan Harapan berjaya memerintah negara pada PRU 14 nanti mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Menurutnya, jika diberi peluang, beliau ingin jawatan tersebut kerana mahu siasat 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rafizi Ramli Kenyataannya itu mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen di mana ada yang menyatakan sokongan mereka namun ada juga yang tidak bersetuju.
Seorang pengguna Facebook, Din Jebat menyokong hasrat Rafizi.
"Beliau (Rafizi) bijak menggali penyelewengan dengan fakta-fakta yang diperlukan, pandai menilai antara komen membina dan juga komen sampah. Kematangan beliau juga di mana tidak melayan 'sampah-sampah' yang tidak inginkan kebersihan," katanya.
Pendapat tersebut turut disokong oleh seorang lagi pengguna Facebook, Sahlah Amin yang menyokong penuh hasrat Rafizi itu.
"Sokong sebab beliau adalah orang yang pintar, cerdik matematik dan akaun, pandai pula berbicara  dan berdebat dengan musuhnya siap disertakan dengan buktinya sekali. Beliau akan cari bukti hingga ke lubang cacing, sebab itu musuh takut dengannya," katanya pula.
Pengguna Facebook, Rahman Cho pula meminta agar Rafizi menyiasat semua menteri-menteri di Malaysia ini.
"Terbaiklah, siasat dan audit semua ahli politik dan menteri-menteri atas kekayaan melampau mereka," katanya.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengkritik hasratnya itu dengan mendakwa berhenti cari kesalahan orang lain.
"Mencari kesalahan orang lain memang senang, hari ini kau dedah keburukan dan aib orang, esok lusa nanti, aib kau pula yang terdedah," kata pemilik Facebook, Jaslan Jaslan.
Bagi Roslan Salleh Roslan pula, beliau beranggapan bahawa pembangkang sudah ketandusan modal untuk dibangkitkan.

"Dah ketandusan modal ke? Tiada isu untuk jadikan suasan hidup parti pembangkang, asyik kitar semua isu yang sama (1MDB) sahaja. Cukuplah, berilah kepercayaan kepada kerajaan pilihan rakyat untuk terus mentadbir negara," katanya pula.
Sementara itu, pemilik Facebook, Usri Ahmad pula mengatakan bahawa harapan Rafizi itu tidak mungkin menjadi kenyataan.
"Tak salah apa yang Rafizi katakan, tetapi dia kena ingat yang dasar politik matang yang diamalkan oleh Pas dan Umno ini diterima baik oleh masyarakat. Jadi harapan beliau itu tidak mungkin akan jadi kenyataan," katanya.

4 ulasan:

  1. ....tetapi dia kena ingat yang dasar politik matang yang diamalkan oleh Pas dan Umno ini diterima baik oleh masyarakat
    Diterima baik? Ahli-ahli parti bulan perasan lebih!! Kah!kah!kah!kah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg kata ketandusan modal tu bangang ker....rafizi teruskan bongkar sbb dia istiqamah bhw penyamun2 mesti didakwa..kalu dibiarkan ....jahanam negara.....oleh itu isu itu akan terus dibangkitkanlah.....walaupun kerajaan dan penyokongnyer terus dgn perangai pekak badak mereka........

      Padam
  2. To be trusted, ag should be independent and no ex govt servent.

    BalasPadam
  3. Rafizi future PM, insyaallah. Dia ikhlas ambil berat ttg rakyat. Tak payah berjubah berserban dan asyik keluarkan hukum itu dan ini tapi kerja tak pandai, masalah tak selesai. Alternative lain, penyamun kaki songlap makan rasuah dan salah guna kuasa

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA