Jumaat, 26 Mei 2017

Anak ke-4 Anwar akan disoal siasat polis


Nurul Ilham AnwarNurul Ilham Anwar
Anak keempat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham Anwar akan disoal siasat pihak polis ekoran kehadirannya dalam Kempen Bebaskan Anwar (FAC) dua tahun lalu.
Menurut kenyataan ibu pejabat PKR, Nurul Ilham akan dirakam percakapan mengenai kehadiran beliau di perhimpunan nyalaan lilin menyokong pembebasan Anwar  yang berlangsung pada 15 Feb 2015.
Rakaman percakapan itu akan dibuat di ibu pejabat PKR pada jam  4 petang ini.
Nurul Ilham juga akan disoal siasat oleh anggota polis dari IPD Klang Utara.
Dijangka hadir mengiringi beliau ialah peguam G Manivanan yang juga Ahli Parlimen Kapar.

1 ulasan:

  1. Biar satu hari nanti giliran anak2 orang2 yg menzalimi anwar pula dizalimi, baru dia rasa kepedihannya

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA