Rabu, 10 Mei 2017

Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan


 Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan akan dapat merampas Kelantan daripada Pas dalam Pilihan raya Umum akan datang.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub dipetik berkata, beliau dapat merasakan angin perubahan terhadap pengundi akan berlaku di negeri itu.
"Kami amat yakin dan kita dapat merasakan angin perubahan.
Salahuddin Ayub "Peranan kami adalah untuk mendidik pengundi mengenai tindakan Pas bersekongkol dengan Umno.
"Jadi adalah lebih baik untuk Pas terus bersama Umno supaya orang boleh melihat warna sebenar Parti itu,"katanya seperti dilapor Singapore Today hari ini.
Salahuddin berkata demikian selepas ditemui media Singapura  itu ketika hadir sebagai panel yang menyampaikan kertas kerjanya bertajuk :"Amanah: A Game-Charger in Malay-Muslim Politics" yang dianjurkan Yusof Ishak Institut (ISEAS) di republik itu pada Selasa lalu.
Salahuddin dalam temubual itu turut menekankan hala tuju Amanah sebuah jenama parti politik baharu ditubuhkan yang memberi fokus kepada tadbirurus baik, beriintegriti dan akauntabiliti.
Ini kerana katanya, ia adalah selari dengan corak politik yang digalakkan oleh pembangkang di bawah gabungan Pakatan Harapan di Malaysia.
Selain Salahuddin turut ditemubual Dr Norshahril Saat dari ISEAS.
Bagaimanapun beliau berpandangan agak mustahil Amanah dan Pakatan Harapan akan berjaya merampas Kelantan dari Pas yang sudah bertapak 27 tahun di negeri itu.
"Kita harus ingat bahawa ia sentiasa menjadi kubu kuat Pas sejak 1990 dan terdapat kubu kuat Umno di Jeli dan Gua Musang," katanya, merujuk kepada kerusi Parlimen yang dipegang oleh Datuk Mustapha Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Amanah memerlukan sokongan dikalangan penyokong luar bandar dan konservatif untuk memecah akar umbi penyokong Pas." ujarnya.
Walau bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Hisomudin Bakar, berkata, ia tidak mustahil bagi Amanah untuk merampas Kelantan.
Ini kerana ujarnya, sudah ada rasa tidak puas hati di di kalangan akar umbi apabila gagal menunjukkan prestasi yang baik selepas kematian Mursyidul Am parti itu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2015.

Kelantan dilihat sebagai kerajaan yang gagal untuk menangani isu-isu seperti pembalakan haram dan banjir yang berlaku setiap tahun.
"Umno Kelantan dilihat sebagai tidak berminat untuk mengambil kesempatan daripada prestasi buruk Pas itu telah ditafsirkan sebagai kedua-dua pihak saling bekerja," ujarnya Hisomuddin.
Sebaliknya, Amanah katanya, menunjukkan perkembangan di kubu kuat Pas sepertidi Kota Baru, Kubang Kerian dan Tumpat, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diterima dengan baik di Kuala Krai, Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah yang dimiliki Umno.
"Gabungan Amanah dan Bersatu boleh mengancam Pas di Kelantan," tambah Hisomudin.

4 ulasan:

  1. Bunga raya kata org kelate.dh sokong mereka...pan kata orgnkelate sokong mereka pulak...mana satu ni yg betul?
    Klu rasa.nak.lawan...lawanla...xder larang...open season satu malaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmglah org kelate sokong PPBM dan AMANAH....ini brmakna parti bule do malap....bule tak dok seri....doh nak mapuh....tak dok penyokong doh....hihhihihi

      Padam
  2. Oghe bule kato rakyat sokong parti cap bule!!
    Ado penyokong belako, cumo nya, hok sokong bule tu koho kughe!!!

    BalasPadam
  3. Harap rakyat kelantan beri peluang kpd melayu alternatif utk ambil alih kelantan. Kerajaan Pas dah gagal dan umno akan terus songlap dan sapu habis jk diberi peluang!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA