Selasa, 9 Mei 2017

AMANAH parti tak tahu malu, kata PAS

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai parti politik yang dianggotai oleh wakil rakyat yang tidak sedar diri tentang kedudukan mereka.
Wakil-wakil rakyat dalam AMANAH dipilih rakyat atas tiket parti Islam itu pada pilihan raya umum yang lalu, menurutnya.
Kata Tuan Ibrahim, keadaan di Selangor ketika ini masih baik kerana barisan pentadbiran sedia ada masih diterima oleh rakyat negeri itu, memetik laporan Utusan Malaysia.
“Kalau saya, rasa malu hendak minta jawatan, sebab kita (AMANAH) bertanding atas tiket parti lain kemudian minta hendak jadi Exco, payah nak sedar diri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Kerajaan negeri Selangor kini berhadapan dengan pergeseran sehingga ada di antara parti yang mencadangkan supaya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merombak pentadbiran negeri.
AMANAH turut memberi bayangan bahawa mereka sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan dalam negeri Selangor yang ketika ini disandang oleh PAS.
Tuan Ibrahim turut berkata, exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan.
“Saya melihat tidak ada isu dari segi pentadbiran, rakyat menerima dengan baik, pentadbiran berjalan dengan baik dan pencapaian oleh semua exco PAS juga sangat cemerlang.
“Bagaimanapun, apabila melibatkan soal parti khususnya hubungan antara PAS dan PKR, kita serah pada Majlis Syura untuk membuat keputusan apabila mengadakan perbincangan nanti. Pada masa ini, pentadbiran berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, akhbar yang sama turut melaporkan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru, Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz berkata, rakyat di Selangor pasti akan merasa terhina sekiranya pemimpin AMANAH terlibat dalam pentadbiran negeri itu.
Katanya, rakyat pastinya inginkan sebuah barisan kepimpinan yang setia pada perjuangan bukannya mereka yang ‘lompat’.
“Kerusi AMANAH di Selangor pun kerusi lompat, kalau mereka bersama dalam exco, kerajaan Selangor juga akan menjadi sebuah kerajaan lompat. Ia satu penghinaan kepada rakyat Selangor,” jelas beliau.

10 ulasan:

  1. Apakah tindakan menghancurkan PR dan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR itu bukan suatu penghinaan dan pengkhianatan terhadap kepercayyan rakyat Selangor?

    BalasPadam
  2. Apakah rakyat Selangor itu hanya terdiri daripada pengundi-pengundi Pas sahaja? Bukankah rakyat Selangor yang mengundi Pas juga adalah dalam kalangan bukan ahli Pas? Rakyat Selangor itu bukanlah bodoh dan mudah percaya dengan kenyataan dan putar belit pemimpin Pas.

    BalasPadam
  3. Apakah rakyat Selangor itu hanya terdiri daripada pengundi-pengundi Pas sahaja? Bukankah rakyat Selangor yang mengundi Pas juga adalah dalam kalangan bukan ahli Pas? Rakyat Selangor itu bukanlah bodoh dan mudah percaya dengan kenyataan dan putar belit pemimpin Pas.

    BalasPadam
  4. Apakah rakyat Selangor itu hanya terdiri daripada pengundi-pengundi Pas sahaja? Bukankah rakyat Selangor yang mengundi Pas juga adalah dalam kalangan bukan ahli Pas? Rakyat Selangor itu bukanlah bodoh dan mudah percaya dengan kenyataan dan putar belit pemimpin Pas.

    BalasPadam
  5. Apakah rakyat Selangor itu hanya terdiri daripada pengundi-pengundi Pas sahaja? Bukankah rakyat Selangor yang mengundi Pas juga adalah dalam kalangan bukan ahli Pas? Rakyat Selangor itu bukanlah bodoh dan mudah percaya dengan kenyataan dan putar belit pemimpin Pas.

    BalasPadam
  6. Walaupun exco PAS telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan, PAS bukan sehaluanlagi gabungan PH. Maka, PAS patut berundur. PAS jgn jadi muka tak malu. Cakao Sudah bercerai tetapi mahu tinggal sebumbung. Haram ggitu.

    BalasPadam
  7. Walaupun exco PAS telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tempoh perkhidmatan, PAS bukan sehaluanlagi gabungan PH. Maka, PAS patut berundur. PAS jgn jadi muka tak malu. Cakap Sudah bercerai tetapi mahu tinggal sebumbung dgn jande. Haram ggitu.

    BalasPadam
  8. Parti Syok Sendiri....dia yg keluar dari Pakatan dan dia yg tak tahu malu...tak sdar...masih lg sibuk nak jadi exco.....kemenangan ko tu dulu melalui Pakatan Rakyat....sedor2lah..cermin muka dulu.....cuba malu sikit.....

    BalasPadam
  9. Secara logik aqal, bila PAS sudah putuskan hubungan dengan PKR dan DAP dan keluar daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mengapa PAS masih mahu berada dalam kerajaan itu lagi? Khidmat exco PAS tidak diperlukan lagi. Azmin patut minta mereka berhenti atau digugurkan.

    BalasPadam
  10. Mana lebih hina, antara yang ditendang dari kepimpinan dan menubuh parti baharu tapi istiqamah menentang Umno/Bn dengan yang menjatuhkan kepimpinannya dengan 'chai' dan memaki hamun tapi berdakap mesra dengan Umno/Bn malah mempertahankan pemerintah zalim? Sudah tentulah yang kedua itu sangat hina yang tiada tolok bandingnya, dan yang pertama itu lebih mulia kerana tetap istiqamah di barisan pembangkang. Sedar-sedarkanlah dan cermin-cerminkanlah diri itu.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA