Ahad, 28 Mei 2017

Akhbar The Star mohon maaf

The Star mohon maaf papar gambar umat Islam menunaikan solat terawih di bawah tajuk berita berkaitan pengganasThe Star mohon maaf papar gambar umat Islam menunaikan solat terawih di bawah tajuk berita berkaitan pengganas
Akhbar The Star hari ini memohon maaf atas kesilapan pihaknya memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat terawih di bawah tajuk berita berkaitan pengganas di muka depan akhbar itu semalam.
The Star berkata menjadi amalan akhbar tersebut menyiarkan gambar umat Islam menunaikan solat terawih sebagai menghormati hari pertama bulan Ramadan.
"Amalan ini telah dilakukan sejak lebih sedekad lalu.
"Bagaimanapun tahun ini, terdapat kebetulan yang tidak bernasib baik apabila berita utama adalah mengenai ketua pengganas, yang membawa kepada banyak kaitan dengan tajuk berita dan gambar, yang mana akhbar tidak berniat untuk berbuat demikian," kata kenyataan The Star yang disiarkan di webnya petang tadi.
The Star juga mengakui pihaknya seharusnya lebih sensitif terhadap perasaan pembaca beragama Islam.
"Pada pengalaman yang lalu, The Star sepatutnya lebih arif dan sensitif terhadap perasaan pembaca beragama Islam. Kami memohon maaf di atas kesilapan di pihak kami," kata kenyataan itu.
Terdahulu, Pemuda Amanah Nasional menggesa akhbar The Star memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana menimbulkan persepsi negatif berhubung ibadat orang Islam.
Ketuanya Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan akhbar berbahasa Inggeris itu memaparkan berita berkenaan pengganas bersama-sama gambar umat Islam sedang menunaikan solat sunat terawih boleh menimbulkan salah faham.

"Tindakan ini sangat melampau. Penyiaran di paparan muka depan akhbar itu seolah-olah cuba mengaitkan umat Islam di negara ini dengan aktiviti pengganas. Ini boleh menimbulkan salah faham seolah-olah umat Islam yang sedang menunaikan solat sunat terawih itu terlibat dengan aktiviti pengganas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebagai media yang bertanggungjawab terhadap sebarang laporan yang disediakan, The Star perlu mengakui kekhilafan mereka terhadap perkara ini dan ia wajar dijernihkan segera.

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Sepatutnya pengarang akhbar the star ini disumbat ke penjara sehari kerana menghina umat islam. Nampak sangat sifat fikiran bias yang mahu kaitkan islam dengan terrorist. Walhal terrorist dunia adalah israel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah benih umno/bn....itu ler pokok dan buahnyer.....beracun....

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA