Rabu, 10 Mei 2017

Ahmad Yakob: Pas tidak gentar, tiada fakta PH akan menang PRU14


Pas tidak sesekali gentar dengan kewujudan Pakatan Harapan kerana tiada fakta dan bukti khusus yang membayangkan gabungan itu akan berjaya menggantikan kerajaan sedia ada.
“Setakat ini tiada lagi ramalan kata Pakatan akan menang, ataupun mereka sekuat parti-parti lain,” kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob seperti dipetik Sinar Harian.
Ahmad YakobMengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan Umno dan Pas perlu meraikan persamaan yang ada di antara kedua-dua parti itu, beliau berkata, sehingga kini Pas dan Umno tidak mempunyai apa-apa persefahaman dan parti itu masih lagi musuh tradisi Pas.
Menteri Besar itu juga berkata, walaupun Pas meraikan hubungan kerajaan dan kerajaan dengan Umno dan BN, namun Pas masih kukuh bersama blok ketiga yang telah dibina dan bersedia segala kemungkinan pada PRU14 kali ini.
“Sememangnya kita meraikan hubungan (kerajaan dan kerajaan) itu demi kepentingan rakyat, apa pun yang melibatkan hubungan tersebut, kita hormatlah bagi memastikan hak rakyat dapat diperjuangkan, namun dari segi politik, kita masih seperti dulu,” katanya.
Beliau hadir pada Seminar Ahli Majlis dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kelantan di Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA