Sabtu, 13 Mei 2017

Adun Pas berjiwa rakyat disaran sertai parti dalam Pakatan Harapan


Mahfuz OmarMahfuz Omar
Mana-mana Exco atau Adun Pas di Selangor yang berjiwa rakyat disaran menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan ketika Pas terpaksa keluar dari kerajaan negeri selepas berpecah dari semua parti pembangkang.
Ahli parlimen Pas Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah untuk kekal dalam kerajaan negeri Selangor penting kerana itulah mandat yang diberikan rakyat kepada mereka ketika diundi semasa Pas berada dalam Pakatan Rakyat.
"Jadi mereka perlu kekal bersama rakyat untuk mereka tidak dilihat mengkhianati mandat dan harapan rakyat," kata bekas naib presiden Pas itu.
Menurut Mahfuz, jika Pas ada maruah parti itu perlu keluar dari kerajaan negeri segera selepas putus hubungan dengan PKR dan lain-lain parti yang memerintah kerajaan negeri Selangor sekarang.
Namun, jika mereka (Exco dan Adun) berjiwa Selangor dan mementingkan rakyat mereka akan keluar dari Pas dan menyertai salah satu parti Pakatan Harapan.
Terutama sekali selepas menteri besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri meminta Exco Pas berbuat demikian, katanya.

"Saya percaya 3 Exco dan beberapa Adun adalah berjiwa Selangor dan berjiwa bersama parti dalam Pakatan Harapan untuk membangunkan Selangor dan memastikan limpahan nikmat untuk rakyat Selangor," kata Mahfuz.
The Star melaporkan, Azmin meminta tiga Exco Selangor agar meletakkan jawatan selepas Pas memutuskan hubungannya dengan PKR.
Ia dinyatakan oleh Azmin kepada tiga Exco Selangor bersama pesuruhjaya Pas Selangor dalam pertemuan mereka semalam.

1 ulasan:

  1. Betul kata Mahfuz.... yang peliknya towkay PAS tak tahu apa-apa tentang politik... hanya serban sahaja sebesar saki... ilmu politik kosong.

    Elok wakil rakyat PAS di Selangor semua sekali masuk PKR, Amanah atau DAP... Rakyat Selangor mahukan Pakatan Harapan. Parti PAS yang sesat ni akan ditolak rakyat.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA