Rabu, 17 Mei 2017

3 Exco Pas letak jawatan jangan cakap ‘pusing-pusing’, tak perlu heret Istana Selangor bidas Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali menasihatkan Pas supaya tidak bercakap ‘pusing-pusing’ dengan mengatakan hanya Sultan Selangor berhak mengarahkan 3 exco mereka meletak jawatan.
Presiden Perkasa itu berkata, 3 exco terbabit – Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib – perlu berani meletak jawatan jika mahu maruah Pas dipandang tinggi.
“3 exco Pas di Selangor patut letak jawatan mereka dan tidak perlu berdolak dalik mengatakan pegang jawatan itu atas mandat rakyat.
“Jangan guna institusi Diraja untuk selindung. Mana mungkin dah cerai tetapi duduk satu rumah. Ini dah jadi khalwat politik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, semalam.
Pas pada sidang medianya hari ini menegaskan exconya tidak akan berganjak dari tempat mereka selagi tidak diarah berbuat demikian oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mereka akan mengabaikan sebarang arahan letak jawatan daripada menteri besar kerana exco mereka dilantik dan menjalankan tugas atas perkenan sultan.
Menurut Takiyuddin, ketetapan itu dibuat berdasarkan kepada perlembagaan dan undang-undang negeri.
Laporan Azmin meminta exco Pas melepaskan jawatan mereka bagaimanapun dinafikan setiausaha politik kepada menteri besar, Suhaimi Shafie.
“Itu ‘spin’. Sepanjang pengetahuan saya, ia tidak berlaku,” katanya.
Ibrahim berkata keputusan Pas memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR sudah mengambarkan kedua-dua parti itu tidak sehaluan.

“Saya percaya jika Pas letak jawatan, parti itu akan dipandang tinggi dan maruah Pas juga. Selebihnya biar rakyat menilainya. Tak perlu dolak dalih,” katanya.
Pas mempunyai 3 exco dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan ramai ahli majlis di peringkat kerajaan tempatan. Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Mohd Shafie Ngah juga daripada Pas.
Muktamar Pas sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan PKR pada 30 April lepas. Keputusan diluluskan Majlis Syura Ulama Pas Khamis lepas.

16 ulasan:

  1. Dah dayus kalau masih nak bersama.... Alamak dalam semak pun tak kanlah tak tahu hukum...

    Rakyat boleh nilai hoi..... betul cakap Pok Him

    PAS akan jadi Parti Pupus tak lama lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bang...tangan mana satubyg sakit tu...kiri ke kanan? Tak pastila

      Padam
  2. Pok him pun begitu juga dgn pas dulu duluan. He he

    BalasPadam
  3. Klu aku segan nk duduk dgn parti yg tidak sealiran dgnnya.
    Pas lps jwtn tu...berani buat berani tanggung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pan kes lain ek...x sama mcm kes pas...sobpan x perlu lepas jawaran adun atau mp. So jgn nk campur aduk kt sini. We can u no. Faham.

      Padam
  4. betui ke sultan yang lantik depa... bukan nama diberikan oleh MB ke..

    BalasPadam
  5. duit maa... sapa mau lepas...geng ulamak pun berpinar bijik mata tgok pulus...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tentera2 salibku...teruskan pengorbananmu yg suci ini...kamu sungguh dirahmati

      Padam
  6. So...get azmin to fire them la idiots! Itu pun susah ke nak fikir...jadila 29-27. Umno pun pasang kepala agong...2pan 1pkr masuk perangkap...terus rebah...najib sure nak test strategi jgk tgk 3 penjuru ni...mmg umno x menang...tapi pkr dan pan boleh dibungkus in 1 shot...big moral victory dah utk umno

    BalasPadam
  7. Bukan main gah heboh samanya mereka ni dgn pemikiran atgna smpi buat forum...sekali madey tiao atgna...krik krik krik krik

    BalasPadam
  8. mungkin tuan brahim boleh damaikan PKR, Amanah dan PAS. selagi tuang presideng berkuasa jangan harap....

    sebenarnya PAS dah tidak popular lagi.... rosak PAS kerana presideng parti... susah dah nak pulih...

    BalasPadam
  9. PAN & PKR YG SEMAK, BUKANNYA PAS. RISAU SB PAS TAK MAU BERKAWN, NANTI PRU SIAPA NAK TOLONG. HAHAHAAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanaha....dengorlah kata sipakar lompat tu....jgn pusing-pusinglah.....nnt sendiri feninglah....hihihi

      Padam
  10. Kami pun boleh buat...jgn dok Sombong..hg pa tu yg dah gemok2..,

    BalasPadam
  11. PAS memulai trend politik tak bermaruah iaitu pas putuskan hubungan dan parti pemerintah tetapi masih tak malu mahu kekal exco.
    Sudah bercerai, tapi mahu sebumbung.
    Haram ggitu.

    BalasPadam
  12. Asm n Ali seorang politikus yang bijak. Dengan tidak menggugurkan PAS drpd kabinetnya secara tak langsung Azmin telah mendedahkan kpd rakyat sifat ahli parti PAS adalah anusia juga. Bila diduga dgn duit maa... sapa mau lepas...geng ulamak pun berpinar bijik mata tgok pulus.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA