Jumaat, 26 Mei 2017

2 wakil rakyat ‘bodoh’ tampil pertikai Zuraida

Siapa lebih pandai, soal ahli Parlimen Sungai Siput yang menjual AP miliknya untuk membayar staf dan sukarelawan.
rafizi-jeyakumarPETALING JAYA: Dua pemimpin pembangkang hari ini tampil sebagai wakil rakyat “bodoh” yang tidak membeli kereta menggunakan permit import (AP) yang diberikan kepada mereka sebagai wakil rakyat.
Ia selepas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempertahankan beberapa kenderaan mewah yang dimilikinya.
“Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” kata ahli Parlimen Ampang itu dipetik Sinar Harian, menjawab dakwaan beliau memiliki pelbagai kereta mewah.
Susulan itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang juga ahli Parlimen Pandan memuat naik sindiran tajam dalam mengumumkan dirinya tidak menggunakan AP.
“Saya adalah antara ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan,” katanya dalam muat naik di Twitter.
‘Jual AP lebih pandai’
Seorang lagi wakil rakyat yang dihubungi FMT berkata seseorang wakil rakyat “lebih pandai” sekiranya tidak mengambil manfaat daripada AP.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata beliau tidak menggunakan AP miliknya, sebaliknya berkata beliau menjualnya dan wang daripada penjualan itu digunakan untuk kerjanya sebagai wakil rakyat di Sungai Siput seperti membayar staf dan sukarelawan.
“Sukarelawan saya semua tahu, mereka lihat ahli Parlimen mereka dapat kemudahan ini tapi dia pakai untuk mereka.
“Jadi mereka lebih bersemangat untuk kerja kuat. Dari segi politik, lebih pandai untuk buat macam saya. Sukarelawan dia akan banyak korbankan masanya dan memberi sumbangan tanpa mengharapkan ganjaran material yang saya tidak sendiri tidak boleh bayar,” katanya ketika dihubungi FMT.
Menurutnya, sekiranya beliau menggunakan AP miliknya, ia akan melunturkan semangat sukarelawan dan kakitangannya untuk bekerja.

3 ulasan:

  1. Itulah sebabnya orang politiuk tergila-gila nak jadi calun pabila telah bergelar YB dengan mudah dapat kereta mewah tunggulah PRU haram undi aku pada mereka yang sudah lupa asal usul diri dari papa kedana sudah jadi kaya raya tapi lupa pada yang yang telah mengangkat mereka ke mercu tanda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe...klu x cukuo jgk duit...kita amik loan dgn exim bank from china...billion2 blh dpt bro...cer tanya lks camner nk buat tu

      Padam
    2. Vellfire , mini cooper dan q7 bagaimana??

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA