Jumaat, 21 April 2017

Umno-Pas dolak dalik rakyat bertelagah

Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Kebelakangan ini banyak kenyataan yang aneh dan tidak bertanggung jawap di keluarkan oleh pihak kerajaan. Yang terbaru adalah dari Dato Jamil Khir Baharom yang meminta para "agamawan termasuk guru kelas Al-Quran dan Kafa serta imam perlu memberi penerangan tepat kepada masyarakat mengenai penangguhan perbahasan RUU 355.

Jangan bertanya kenapa RUU 355 dibentang oleh Datuk Hj Hadi Awang dan bukan kerajaan! Ini semua adalah isu dan persoalan yang hanya Kerajaan sahaja yang tahu sebab sebenarnya dan hanya merekalah boleh menjawapnya. Kenapa tanggung jawab ini di tolak pula kepada pihak lain serta agamawan memikulnya dan akan menerima cemuhan tidak puas hati dari rakyat. Berani buat berani tanggung berhadapan rakyat dalam isu ini. Kalau rakyat keliru hanya Umno atau PAS yang boleh memberi jawapannya kerana mereka berdualah pengerak utama dalam isu ini.
Kenapa kedua dua pihak mengelak menjawap soalan ini ?
Banyak persoalan timbul dari tindakan cadangan Datuk Jamil Khir diatas. Pertamanya mengapa Kerajaan tidak mahu manjawab sendiri kerana jelas dari kenyataan akhbar Presiden MIC YB Subramaniam, seminggu sebelum pembentangan Majlis Tertinggi BN telah memutuskan RUU 355 hanya akan di bentang tetapi tidak akan dibenarkan di bahas dan di undi.
Jadi Speaker Parlimen mengikut sepenuhnya keputusan itu dan tidak bertindak bebas. Ini adalah sandiwara perancangan rapi.
Persoalan kedua para agamawan yang di tugaskan menjawab untuk kerajaan, mesti tahu sebelum berhadapan dengan orang ramai adalah kenapakah ahli Parlimen Pas tidak membantah tindakan Speaker menangguh perbahasan yang akan membolehkan pengundian untuk kelulusan RUU 355 yang diminta olehnya?
Malahan yang anihnya ahli Parlimen Pas YB Nik Abduh secara terbuka memuji tindakan Speaker menangguh perbahasan. Adakah beliau telah sedia maklum apa yang dikatakan oleh Presiden MIC yang BN telah membuat keputusan lebih awal tidak benar bahas dan undi?
Anehnya juga, selepas Parlimen di tangguh Ahli Parlimen PAS menyepi tidak membantah dah hanya berdiam diri. Lebih aneh lagi apabila ahli Pakatan Harapan memanggil sidang akhbar membantah penanguhan perbahasan dan pengundian yang boleh meluluskan RUU 355, kami di tuduh Penentang RUU 355 pula !

Tidaklah adil kerajaan memberi tugas "penjelasan penangguhan perbahasan RUU" kepada agamawan kerajaan kerana mereka sendiri tidak terlibat dari awal dan mengetahui sebab sebenarnya dan hanya akan menambahkan lagi kekeliruan isu ini. Kerajaan lari daripada tanggungjawab sebenar mereka. Saranan menteri jangan tanya kenapa RUU 355 di bawa oleh Haji Hadi dan bukannya kerajaan, teramat aneh kerana semua maklum tiada rang undang-undang persendirian pernah di lulus oleh Parlimen dalam sejarah Malaysia.
Ini adalah untuk menutup sandiwara terancang Umno-BN-PAS sehingga pilihanraya nanti.
Sandiwara ini akan berterusan sehingga PRU 14 untuk melaga-lagakan rakyat sama sendiri supaya lebih berpecah. Kami bersetuju saranan menteri supaya bahasa kesat tidak di gunakan tetapi ianya perlu di nasihati kepada semua pihak. Perkataan biawak kecil dan besar, serta setan kecik dan besar dan juga perkataan berkait dengan najis 'tahi' pun tidak harus di tujukan kepada mana-mana pihak untuk menjaga akhlak sesama Islam.
Anehnya lagi saranan Datuk Jamil Khir dibuat di Terengganu di mana Rang undang Jenayah Syariah Terengganu telah di luluskan Dewan Undangan Negeri, diperkenan oleh DYMM Sultan dan di wartakan pada tahun 2002, iaitu 15 tahun dahulu.
Kenapa Datuk Jamil Khir tidak menyuruh Kerajaan Negeri dan para agamawan Terengganu memperjelaskan juga kepada Rakyat kenapa Enakmen Jenayah Syariah Terengganu yang diluluskan 15 tahun dahulu masih tidak diambil apa-apa perjalanan yang sepatutnya ?
Bukan kah pengerak utama RUU 355 iaitu PAS dan Umno memiliki 31 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu dan tiada MCA, MIC atau DAP pun untuk menggangu perjalanan sepenuhnya Enakmen Jenayah Terengganu ? Rakyat tidak faham kenapa yang telah di luluskan sepenuhnya 15 tahun dahulu masih tertangguh dan RUU 355 pula di tangguh tiga kali perbahasannya tanpa alasan yang munasabah oleh pihak pencadang iaitu PAS dan juga kerajaan - Umno?
Najib membuat kenyataan memberi amaran keras kepada mereka yang menghalang Islam di Malaysia. Tetapi sebenarnya siapa yang menguasai dan medominasi kerajaan Terengganu, dalam isu Enakmen
Jenayah Syariah Negeri, kalau tidak Umno dan PAS? Siapa yang menangguh perbahasan RUU 355 dua kali pada tahun 2016 kalau bukan PAS ?
Siapa yang menangguhkan perbahasan RUU 355 untuk kali ketiga pada 6 April 2017 kalau bukan Umno-BN dengan arahan keputusan Majlis Tertinggi BN seperti di nyatakan oleh Presiden MIC Dato Subramaniam ? Rakyat telah bosan dan muak dengan sandiwara Umno - PAS untuk mengheret isu ini sehingga PRU 14 yang makin dekat demi kepentingan politik mereka semata mata. Tolak lah mereka yang memperalatkan Agama Islam yang suci untuk politik murahan dunia mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA