Sabtu, 15 April 2017

Tuduhan Rafizi berniat jatuhkan Pas, kata Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pendedahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai bekas pimpinan kanan parti itu Datuk Nasharudin Mat Isa menerima sumbangan daripada SRC International Sdn Bhd tiada kaitan dengan Pas.
“Apa yang disebut kononnya kaitan (Datuk) Ustaz Nasharudin (Mat Isa) terima dana, beliau dah tak bersama dengan pimpinan Pas sejak 2011, dan bagi kami dia (Nasharudin) tak ada kena-mengena dengan Pas pun.
“Tuduhan Rafizi ini hanya tuduhan jahat untuk merosakkan nama baik PAS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan kali ke-58 hari ini.
Justeru, beliau berkata, Pas tidak menganggap tuduhan itu sebagai sesuatu yang serius kepada parti itu.
"Sebab itu, kita melihat tuduhan itu sebagai usaha dan niat jahat untuk menjatuhkan Pas dan menganggapnya sebagai gangguan untuk melengah-lengahkan kejayaan Pas.
"Pas tiada kena mengena dan kita tidak terkesan kepada tuduhan tersebut. Kita akan fokus kepada perkara yang lebih penting dan bermanfaat," katanya lagi.
Semalam, Rafizi mengemukakan akuan bersumpah kepada Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan Nasharudin menerima dana bersumberkan anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd untuk disalurkan kepada Pas.
Menurut Rafizi, sumber beliau adalah bekas pegawai kanan SPRM yang biasa dengan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.

Bagaimanapun Nasharudin menafikan pembabitannya sebagai orang tengah dalam penyaluran wang dana 1MDB kepada Pas dan sedia bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan yang dikeluarkan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah dan bersedia mengambil tindakan undang-undang.

1 ulasan:

  1. Benarkah Rafizi membuat tuduhan kepada pis atau hanya meminta penjelasan daripada Nasha? Jika pertanyaan Rafizi itu tidak serius dan parti tidak terkesan serta Nasha tiada kena mengena dengan pis, mengapa semua pemimpin pis menjadi kelam kabut seperti orang nanar? Kalau benar kenapa semua pemimpin pis terkejut beruk dan gelabah biawak dengan perakuan bersumpah Rafizi? Bukankah lebih baik pemimpin pis diam membisu sahaja seperti Najib dan pemimpin BN? Pihak yang sepatutnya membuat kenyataan balas ialah Nasha dan juga Najib serta pemimpin BN dan bukannya pemimpin pemimpin pis. Apabila pemimpin pis yang bersuara dan suaranya kedengaran sumbang pula: ia seolah-olah bercakap bagi pihak najib dan cuba mempertahankan Najib dan Umno. Setakat ini tiada kedengaran pemimpin umno yang membuat penafian. Wahai penyokong pis; apa ditunggu lagi parti ini?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA