Jumaat, 14 April 2017

Tuduh berunding dengan Amerika, DAPSY buat laporan polis terhadap Haji Hadi

IPOH, 13 APR: Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuat tohmahan jahat ke atas DAP dalam satu ucapannya baru-baru ini.
Laporan yang di buat di Balai Polis Sungai Senam itu adalah berhubung dakwaan Hadi Awang kononnya wujudnya rundingan antara DAP dan Amerika Syarikat (AS) untuk mencampuri politik Malaysia.
“Kenyataan yang dilakukan Hadi itu adalah pembohongan nyata dan tidak benar sama sekali.
“Tidak sangka Hadi Awang, seorang yang senior dalam politik dan dikenali sebagai pemimpin agama ditahap seperti ini dan melakukan pembohongan jelas semata-mata demi agenda politik menyelamatkan Najib,” katanya dalam kenyataan.
Adun Canning itu menegaskan, tindakan Ahli Parlimen Marang tersebut secara langsung membuktikan PAS sudah menjadi agen kepada UMNO dengan menyebarkan pembohongan untuk menakutkan orang Melayu terhadap DAP.

“Kita (DAP) pernah bersama dalam gabungan politik dengan PAS dari tahun 2008 hingga 2015 dan PAS tahu bahawa kita amat lantang bersuara terhadap pentadbiran BN yang korup dan ia juga merupakan dasar bersama Pakatan Rakyat ketika itu,” ujar beliau.
Katanya, DAPSY dari beberapa negeri lain turut akan membuat laporan polis bermula esok dan berharap polis akan menjalankan siasatan sewajarnya terhadap Hadi Awang.

1 ulasan:

  1. Wuiihh no tak tau yg mana Dosa Dan pahala Ni..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA