Rabu, 19 April 2017

Tak masuk akal Najib gesa nilai moral tinggi, kata Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah "tidak masuk akal" bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyeru rakyat Malaysia agar berhasrat mempunyai nilai moral yang tinggi supaya dunia menghormati Malaysia.
Merujuk kepada skandal 1MDB, bekas perdana menteri itu menuduh Najib tidak menunjukkan kepimpinan melalui teladan tetapi sebaliknya percaya bahawa "tunai adalah raja".
"... gesaan Najib kepada rakyat Malaysia mencapai nilai-nilai dan budaya moral yang tinggi bagi dunia hormati Malaysia adalah tidak masuk akal," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau pagi ini.
"Pada masa ini, nama Malaysia bagaikan lumpur kepada dunia. Rakyat Malaysia malu mengakui mereka rakyat Malaysia apabila di luar negara.
"Begitulah reputasi Malaysia yang disebabkan oleh 1MDB oleh Najib yang mengalami kerugian berbilion ringgit, pengubahan wang haram dan berbilion ditemui dalam akaun perbadinya.
"Lebih buruk lagi adalah hakikat bahawa beliau masih perdana menteri Malaysia. Di Brazil dan Korea Selatan, syak wasangka rasuah telah menyebabkan penggantungan dan penangkapan.
"Tetapi di Malaysia, Najib selamat dan boleh beritahu rakyat Malaysia menjadi jujur dan menuntut dunia menghormati negara rasuah ini," katanya.
Najib telah berulang kali menafikan salah laku dalam skandal 1MDB dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali telah menjernihkan keadaan tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA