Sabtu, 15 April 2017

SPRM selesai siasat SRC International, kata menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyelesaikan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low.
"SPRM telah selesai menjalankan siasatan bagi kes-kes ini dan telah mengambil semua rakaman percakapan saksi-saksi terlibat," kata Low dalam jawapan bertulis kepada parlimen bertarikh 3 April.
Jawapan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menerangkan lebih lanjut.
Beliau menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada SPRM masih cuba mengesan tiga individu berkaitan penyelewengan dana SRC.
Mereka ialah Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
SRC International adalah anak syarikat 1MDB yang antara lain didakwa menyalurkan RM74 juta ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun membersihkan Najib daripada sebarang salah laku, termasuk dalam isu kemasukan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA