Isnin, 17 April 2017

SPRM: Jadikan rasuah, salah guna kuasa musuh no 1 negara

Jadikan rasuah dan amalan salah guna kuasa sebagai musuh nombor satu negara - itu gesaan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Permintaan itu dibuat selepas pegawai tertinggi agensi antirasuah negara itu mengadakan perjumpaan dengan anggota Dewan Negara di parlimen hari ini.
Ia turut dihadiri Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri S A Vigneswaran.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata martabat negara boleh jatuh pada mata dunia jika setiap kejadian di negara ini berkaitan rapat dengan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Merujuk kepada pelbagai isu seperti penyalahgunaan dadah, kebolosan warga asing, penyeludupan, ketirisan pendapatan serta hasil negara, masalah persempadanan, keganasan, perjudian dan pelacuran yang makin berleluasa, Dzulkifli berkata, ia wujud kerana adanya amalan rasuah serta salah guna kuasa.
"Salah satu sebab mengapa isu rasuah dan salah guna kuasa terus wujud adalah kerana agensi-agensi penguatkuasaan gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka," katanya.
Justeru, Dzulkifli berkata, kerajaan perlu mengisytiharkan rasuah dan salah guna kuasa sebagai musuh paling utama negara.
Katanya, keberanian dan sokongan anggota Dewan Negara diperlukan untuk bersama-sama SPRM menggesa matlamat itu tercapai.
"Sudah tiba masanya bagi semua pihak bersama-sama menyatakan sokongan bahawa isu rasuah dan salah guna kuasa adalah isu nasional yang perlu ditangani bersama," katanya melalui kenyataan media dikeluarkan SPRM hari ini.

5 ulasan:

  1. Mudah saja datuk, SPRM siasat dan tangkap semua yang hidup melebihi pendapatan TANPA memilih darjat kedudukan. Datuk ada berani?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kedua pastikan pemimpin atasan tidak dijadikan contoh bagi orang bawahan dalam raswah dan salah guna kuasa

      Padam
  2. Penyelesaian yg terlalu sesuai masakini adalah pastikan penyamun umno/bn disingkirkan dari kekuasaan dinehara ini....sbb dah jadi sarang penjenayah2 tegar....perompak....penyamun....pembunuh...dll....dan mereka telah menyalahgunakuasa mereka dgn menjadikan badan2 penguatkuasaan undang2 dinegara ini sbg benteng untuk menyelamatkan mereka.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika penguatkuasa undang2 yg menjadi benteng penyelamat mereka, maka robohkan benteng ini dahulu.
      Jika penyamun2 telah disingkir, penguatkuasa undang2 yg sekarang ini melindungi mereka pun harus dihukum juga.

      Padam
  3. cakap tak serupa buat...ada kuat tapi dayus....pooorah...tangkapan berpilih...apa barang....bertindak adil la demi negara Malaysia...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA