Jumaat, 14 April 2017

Skandal 1MDB: Bercanggah kenyataan Razali, AG Swiss kata tiada MLA dipohon

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkata bahawa Malaysia tidak pernah meminta kerajaan negara itu membantu siasatan ke atas SRC International.
Ini bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang memberitahu Dewan Rakyat bulan lalu bahawa Malaysia sedang menunggu jawapan dari Switzerland berhubung permohonan mengenai bantuan perundangan bersama (MLA).
"OAG tidak menerima sebarang permohonan MLA dari Malaysia berkaitan dengan kes 1MDB/SRC.
"Kami bagaimanapun bersedia sepenuhnya membantu pihak berkuasa Malaysia dalam kes berkenaan jika diminta," katanya dalam satu e-mel kepada Malaysiakini.
Razali pada 23 Mac lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sedang berurusan dengan rakan sejawatannya dari Swiss mengenai bantuan perundangan bersama (MLA) dan sedang menunggu jawapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA