Rabu, 19 April 2017

SELURUH NEGARA KINI MENANTI SIAPA 17 PENERIMA BERTUAH DANA PENCEN SRC DARIPADA NAJIB


Rafizi Ramli dijangka membuat satu lagi pendedahan yang akan membuatkan semua orang terus membuka mata terhadap skandal 1MDB sebelum tarikh pilihanraya umum akan datang menjelang tiba.
Kali ini Naib Presiden PKR itu akan mendedahkan 17 penerima bertuah yang dipercayai menerima dana daripada Najib Razak yang mana wangnya adalah berasal daripada SRC International, anak syarikat 1MDB.
SRC International memperolehi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen atau KWAP dan RM42 juta kemudiannya dimasukkan ke akaun peribadi Najib, tetapi Perdana Menteri mengatakan beliau tidak mengetahui wang tersebut datangnya daripada syarikat tersebut.
Najib dalam pengakuannya kepada SPRM berkata, beliau menyangkakan wang itu adalah sebahagian daripada RM2,600 juta yang diterimanya daripada penderma Timur Tengah.
Bagaimanapun, dua pengarah SRC International, Nik Faisal dan Suboh Md Yassin masih lagi misteri ke mana perginya sehingga sekarang ini.
Berdasarkan carta aliran wang yang ditunjukkan secara tidak sengaja oleh Apandi Ali ketika membersihkan nama Perdana Menteri, Rafizi mendapati wang sebanyak RM23,520,010 telah diagihkan melalui akuan Najib kepada 17 penerima yang belum diketahui identitinya.
Minggu lalu, Rafizi membuat akuan bersumpah yang meletakkan nama Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas sebagai penerima langsung dana SRC International melalui akaun bank Najib.
Dalam dakwaan terbaru ini, Rafizi berjanji dalam minggu-minggu mendatang beliau akan berusaha untuk mendapatkan jawapan daripada Najib dan pihak berkuasa lain berkaitan pemindahan wang yang merupakan dana SRC International kepada 17 penerima itu.
Siapakah mereka yang bertuah yang turut dapat berkongsi dana orang pencen itu?
Setelah memperolehi maklumat tersebut, Rafizi dijangka akan membuat pendedahan bersiri dan diakhiri dengan satu laporan polis yang baru terhadap Najib dengan harapan penyiasatan akan dibuka kembali.
Sesuai dengan kenyataan Apandi sendiri bahawa penyiasatan boleh dibuka semula jika ada maklumat baru, pendedahan Rafizi mengenai 17 penerima bertuah itu diharap akan menyegerakan kebenaran dapat didedahkan kepada seluruh negara.
Apatah lagi, wang tersebut adalah daripada dana KWAP iaitu milik orang-orang pencen yang tentunya mereka tidak rela sama sekali ia disalahguna untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak.
Oleh itu, pendedahan Rafizi mengenai 17 penerima tersebut amat dinanti-nantikan oleh semua.
Dan jika pun pendedahan Rafizi nanti tidak juga berupaya menggerakkan  hati dan minda pihak berkuasa untuk membuka semula kertas siasatan, harapan lain ialah semoga ia mampu menyedarkan seluruh rakyat sebelum mereka pergi ke kotak undi untuk menentukan siapa yang patut diberi kuasa dan siapa yang wajib dijatuhkan dalam pilihanraya akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA