Selasa, 18 April 2017

'Sejak Pas wujud, orang Melayu bukan lagi majoriti'

Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penubuhan Pas telah menyebabkan orang Melayu tidak lagi menjadi golongan majoriti, walaupun Melayu merupakan bangsa majoriti di Malaysia.
Dakwanya lagi,oleh kerana semua orang Melayu beragama Islam, penubuhan Pas bukan sahaja memecahbelah orang Melayu tetapi juga memecahbelah orang Islam.
Tun Dr Mahathir Mohamad
"Demikianlah dalam usaha Pas untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti Pas.
"Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli Pas yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama," katanya menerusi blog Chedet.cc hari ini.
Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai perkembangan Pas yang menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan meletak calon di dalam kawasan yang Pas tidak mungkin menang dalam pilihan raya umum akan datang, beliau mendakwa 'Pas menyokong Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memecah undi pembangkang'.
"Jadi sejak Pas ditubuhkan, perpecahan di kalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulihkan lagi," dakwanya lagi.

2 ulasan:

  1. Haji hadi hanya perlu buat 2 perkara jer:
    1. Declare pas akan buang islam dari perlembagaan parti...lg bagus declare malaysia ni secular state
    2. Declare pas akan join ph tanpa syarat
    Malam ni gerenti madey kuar statement wartawan fmt salah faham aoa yg madey ckp...and esok...full screen...fmt siarkan permohonan ampun pd madey dan juga hj hadi atas news yg silap dan malafide..
    Bahkan klu hj hadi declare no 2 pun...sudah memadai
    Madey madey

    BalasPadam
  2. MADET CAKAP PANDAI...DIA TUBUH PARTI BUNGA BUKAN LAGI BERPECAH ORANG MELAYU ???

    CAKAP MACAM TAIK...PAS TAK SOKONG DIA, MARAHLA TU

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA