Rabu, 19 April 2017

Ringgit jatuh, ramai angkat kaki

Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang perlahan dan nilai ringgit lemah menyebabkan semakin ramai golongan bijak pandai berhijrah ke luar negara termasuk Singapura.
Profesor Fakulti Ekonomi Universiti Reitaku, Dr Lau Sim Yee berkata, kebanyakan golongan terbabit turut memperolehi kerakyatan Singapura ekoran kepakaran dimiliki.

ringgit“Ramai bijak pandai di Singapura adalah orang Malaysia dan mereka ini mendapat kerakyatan Singapura. Adakah mereka ini ingin kembali ke Malaysia untuk berkhidmat di sini?
“Tidak, mereka tidak mahu balik kerana nilai ringgit Malaysia semakin jatuh dan tidak bernilai berbanding dolar Singapura yang mencecah RM3 untuk setiap dolar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program wacana bertajuk ‘How Malaysia Needs to Move up the Technological Level from Macro Views: An Advantage from Malaysia-Japan Relationship’ di bangunan IDE, di sini, semalam.
Katanya, selain peluang kerja terhad, Malaysia juga turut menawarkan gaji rendah berbanding pasaran pekerjaan di Singapura.
Sementara itu, ketika menyentuh perkembangan politik negara, Sim Yee berkata, parti bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijangka berhadapan kesukaran memahami kehendak pengundi di luar bandar.
“Sukar untuk memahami pengundi luar bandar. Adakah mereka tidak membaca surat khabar? Tentulah mereka juga membaca surat khabar.
“Adakah dengan memberi wang RM500, mereka akan memberikan sokongan, pun tidak juga,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA