Khamis, 20 April 2017

Rasuah hartanah: SPRM digesa siasat MB Johor, Exco Negeri


Salahuddin Ayub Salahuddin Ayub
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk turut membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata siasatan terhadap Khaled dan exco perlu dilakukan memandangkan beliau adalah individu yang mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.
"Mana mungkin kelulusan itu dapat diperoleh hanya sekiranya melalui kuasa yang ada kepada Datuk Abdul Latif Bandi ia mesti mendapat keputusan kolektif mesyuarat exco kerajaan negeri yang mana Pengerusinya Datuk Khaled Nordin dan barisan exco kerajaan negeri.
"Amat ganjil dan pelik sekiranya siasatan ini hanya terhenti terhadap Abdul Latif seorang sahaja.
"Adakah telah ada satu kertas siasatan juga terhadap MB Johor dan exco yang lain," soal beliau dalam sidang media yang diadakan di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.
Salahuddin mengulas mengenai exco kerajaan negeri Datuk Abd Latif Bandi yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam bersama seorang perunding hartanah Amir Shariffudin atas 33 pertuduhan membabitkan rasuah hartanah bernilai RM30.3 juta.
Kata Salahuddin lagi, SPRM wajar memberikan jawaban kepada rakyat sebagaimana beliau melihat sikap yang begitu positif dan proaktif ditunjukkan SPRM dala usaha membanteras rasuah.

"Saya ingin menyatakan sila juga beritahu rakyat adakah satu kertas penyiasatan dilakukan keada MB dan anggota exco.
"Ini penting supaya kerajaan Johor hari ini dapat dibersihkan daripada amalan dan gejala rasuah.
"Saya tidak mahu konsep bangsa Johor dicemari individu yang telah diberikan mandat oleh rayat sebaliknya mencemari slogan Bangsa Johor itu sendiri.
"Saya berpegang teguh janji Tuanku SUltan Ibrahim yang baginda tidak sekali kali bertoleransi dengan mana-mana anggota pentadbirannya yang terlibat dengan amalan rasuah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA