Sabtu, 15 April 2017

Rafizi cuba pecah belah PAS-PKR, dakwa Mohd Amar

Menurut Mohd Amar, Rafizi macam berusaha untuk memastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.
Mohd-Amar-Nik-rafiziALOR SETAR: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilihat cuba untuk memecah-belahkan hubungan politik antara PAS dan PKR.
“Beliau (Rafizi) macam berusaha untuk memastikan PAS dan PKR berpecah supaya boleh menyingkir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan kumpulannya dari dunia politik.
“Selama ini, hubungan PAS dan PKR baik kerana adanya individu seperti Azmin, namun tindakan Rafizi sekarang dilihat memang sedang berusaha untuk memecahkan hubungan politik yang ada di antara PAS dan PKR,” kata beliau.
Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen PAS Kedah 2017 di Kompleks PAS Kedah di sini, hari ini.
Sebelum ini, Rafizi membuat akaun bersumpah dan konsisten menuduh PAS menerima dana daripada 1MDB, namun bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa telah menafikan dakwaan itu.
Sementara itu, Mohd Amar berkata kemenangan tanpa bertanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing-masing menjelang Muktamar Pusat Ke-63 hujung bulan ini membuktikan sokongan pasu anggota PAS terhadap kepimpinan mereka.
“Ini sekali gus menyangkal dakwaan golongan tertentu dan PKR bahawa anggota PAS tidak mahukan Abdul Hadi kekal sebagai presiden PAS,” katanya .

3 ulasan:

  1. Dah kata tak ada sebarang hubungan, alih-alih hari ini cuba nak pecah belahkan hubungan. Pening atau gelabah takut terbongkar lagi teruk.

    BalasPadam
  2. sana sini dh kluarkn fatwa putus...ni pusing2 cakap...

    BalasPadam
  3. Kata nak putus hubungan dgn pkr. Ni dah belit lebih drp ular

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA