Jumaat, 14 April 2017

Pendedahan Rafizi persoal integriti pemimpin PAS, kata Dr Dzulkefly

Apakah yang dilakukan Khairuddin Aman Razali apabila diberitahu Nasharudin Mat Isa didakwa menerima wang berkait 1MDB.
rafizi-dzulkeflyKUALA LUMPUR: Pendedahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam, mendakwa bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa menerima wang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menimbulkan persoalan integriti beberapa pemimpin PAS lain.
Ia juga mungkin menjelaskan mengapa PAS “mensia-sia banyak masa” membentangkan dan membentangkan semula rang undang-undang pindaan undang-undang syariah, menurut Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Dalam kenyataan hari ini, Dr Dzulkefly “bingung” dan “kesal” PAS berbuat demikian sedangkan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk membanteras “jenayah kleptokrasi”, memandangkan sekurang-kurangnya seorang pemimpin PAS dikatakan diberi maklumat tentang wang berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rafizi dalam akuan bersumpah semalam mendakwa Nasharudin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB.
Rafizi mendakwa dana itu pada asalnya disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kemudian, sejumlah dana disalurkan ke akaun Nasharudin.
Beliau dimaklumkan oleh seorang bekas pegawai kanan SPRM, yang lebih awal berkongsi maklumat sama dengan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali.
Dzulkefly memahami tindakan PAS menjarakkan diri dari Nasharudin seleppas pendedahan Rafizi, tetapi mengambil maklum Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan menepis dakwaan tersebut sebagai angin.

“Jelap sikap sebenar Takiyuddin yang mengatakan akuan bersumpah Rafizi ‘khabar angin’.”
Beliau juga mengambil maklum Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga memperkecilkan isu tersebut, mengatakan “tidak ada masalah sekalipun kalau dia (Khairuddin) tahu”.
“Soalnya, Apa yang Khairudin lakukan untuk menyampaikan dan menerangkan perkara mustahak itu kepada kepimpinan pusat PAS, selepas menyedari kleptokrasi yang dilakukan oleh 1MDB dari mulut penyiasat?”
Dzulkefly berharap Khairuddin sedar ia melibatkan wang rakyat.
Dzulkefly menyoal: “Apabila diberitahu mengenai perkara ini oleh seorang pegawai SPRM, tidakkah Khairuddin menyedari betapa beratnya penyelewengan berkaitan 1MDB yang dibahaskan di Parlimen dan serata dunia?
“Sama ada PAS mendapat manfaat atau memperoleh apa-apa bentuk bantuan kewangan dari Nasharudin biarlah SPRM tentukan dan putuskan.”
Beliau menambah perkara ini dan yang berkaitan dengannya, termasuk usul Hadi, sebenarnya lebih daripada yang disangka, tetapi: “Semua orang perlu mengawal diri dan jangan terlalu menganggap dan menghukum, biarlah undang-undang memainkan peranan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA