Ahad, 16 April 2017

Pelantikan Hishammuddin di JPM tanda PRU sudah dekat

Khalid Samad Khalid Samad
Pelantikan naib presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah tanda pilihan raya umum akan diadakan dalam masa yang terdekat.
"Silap-silap parlimen akan dibubar sebelum sidang akan datang Julai depan," kata pengarah komunikasi parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad di ceramah perdana Pakatan Harapan (PH) di Slow Machang, Pasir Mas malam tadi.
Beliau menjangka pelbagai kemungkinan boleh berlaku melalui tindakan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak melantik sepupunya itu sebagai menteri tugas-tugas khas.
"Salah satunya adalah kemungkinan Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri sebelum berlaku pilihan raya.
"Ini tidak mustahil kerana terdapat kajian yng menunjukkan populariti Najib sekarang turun serendah 38 peratus, dalam erti kata setiap seratus pengundi, hanya 38 orang yang masih mahu beliau kekal sebagai PM," katanya.
Perkara ini tidak mustahil katanya kerana pernah berlaku sebelum pilihan raya ke-11 pada 2004.
"Ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendapati emejnya amat tidak popular melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilonjakkan sebagai Mr. Clean.
"Pemimpin baru selalunya akan memberi kredit kepada pihak kerajaan dan BN menang besar dalam pilihan raya itu," katanya.

Mengulas pembentangan pindaan akta 355 (RUU 355) di parlimen baru-baru ini, ahli parlimen Shah Alam itu menganggap ia satu permainan semata-mata.
"Tujuannya jelas bagi menyelamatkan Umno dan memberi peluang kepada Pas mendapat isu untuk berpecah dengan semua orang.
"Pas dibenarkan bentang supaya dapat dijadikan modal pilihan raya.
"Ini jelas kerana apabila usul ini tidak dibenarkan bahas ia tadak akan dululuskan dan mungkin akan melalui melalui beberapa sidang lagi kerana setiap sidang banyak agenda kerajaan yang tidak dapat diselesaikan," katanya.
Umno pula katanya terselamat apabila tiada perbahasan kerana dipersepsikan sebagai tidak menentang.
"Sedangkan hakikatnya Barisan Nasional telah umumkan tidak akan bawa pindaan ini.
"Malah seorang menteri dari MIC telah mengaku kabinet telah bersetuju untuk Marang membentangkan RUU 355 dan perbahasan tidak dibenarkan," katanya.
Beliau turut menolak dakwaan fitnah kononnya Amamah menolak usuk memperkasakan mahkamah syariah.
"Parti Amanah tidak menolak sebarang pindaan untuk menambahbaik pentadbiran Islam negara ini, namun banyak perkara yang kita mahu pindaan RUU 355 ini diperbetulkan.
"Misalnya mengapa hukuman terhad kepada rotan, penjara dan denda semata-mata.
"Ini hanya ciplak undang-undang warisan penjajah sedangkan banyak lagi hukuman takzir yang pernah diamal dalam sejarah perundangan Islam seperti mengajar kemahiran, khidmat di rumah anak yatim dan seumpamanya," katanya.

1 ulasan:

  1. najib terpaksa pilih hishamuddin kerana MCA...MIC dan parti2 disabah dan sarawak tak suka pada zahid komedi.....pasal pada pandangan meeka.....zahid komedi yg beriya2 dgn PAS nak kan RUU355......itu sbb RUU 355 tak dibahaskan kerana ia adalah arahan najib supaya speaker tangguhkan...sbb jika RUU 355 diteruskan akan berlaku perpecahan yg teruk dlm UMNO/BN.....itu yg PAS tak tahu tu....bhw mereka telah dipergunakan oleh umno/bn dgn sepenuhnyer......atau mereka telah diperangkap dgn umno/bn dgn wang rm90 juta..disbbkan perangai mereka yg terlalu gelojoh....kununyer itu adalah sumbangan dari umno/bn.....tanpa mereka sedari itu adalah perangkap untuk umno/bn memperkudakan PAS.....dan umno/bn akan menggunakan isu ini untuk blackmail PASPISPUS........gamaknyer ler.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA