Sabtu, 15 April 2017

PAS Johor tanding lebih 40 kerusi jika bersendirian

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri itu melebihi 38 kerusi yang ditandingi dalam PRU13 semasa dalam Pakatan Rakyat.
Mahfodz-Mohamed-pas-johorPAS Johor mahu bertanding lebih banyak kerusi di negeri itu jika Majlis Syura Ulama memutuskan tidak lagi menjalin kerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri itu melebihi 38 kerusi yang ditandingi dalam PRU lalu semasa dalam Pakatan Rakyat.
“Bagaimanapun keputusan bertanding berapa kerusi itu bergantung kepada Muktamar PAS kelak sama ada hubungan dengan PKR diputuskan atau tidak yang seterusnya akan ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama.
“Namun, sekiranya bersendirian, PAS Johor akan lawan di lebih banyak kawasan, mungkin lebih 40 kerusi,” kata beliau dipetik Utusan Online selepas menghadiri Konvensyen PAS Johor di Parit Sulong, Batu Pahat hari ini.
Kata beliau, pihaknya juga telah bersedia termasuk sedang menapis senarai calon yang berpotensi untuk dinamakan kelak.
Pada PRU13, PAS bertanding di 31 kerusi Dewan Undangan Negeri dan memenangi 4 kerusi. Parti itu meletakkan calon di 4 kerusi Parlimen tetapi tidak menang sebarang kawasan.
Muktamad PAS akan berlangsung hujung bulan ini.

1 ulasan:

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA