Khamis, 13 April 2017

Pas ambil risiko berdepan pertandingan tiga penjuru - Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU - Pas bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru bersama parti pembangkang bagi menghadapi BN meskipun berdepan risiko kekalahan pada PRU akan datang.
Pengerusi Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, ia sekali gus menafikan tuduhan pihak pembangkang yang mendakwa Pas akan bergabung dengan Umno bagi memastikan kemenangan tidak berpihak kepada pihak pembangkang.  
Mustafa Ali "Pas sedia berdepan tentangan tiga penjuru bersama rakan-rakan pembangkang
yang lain termasuk Umno pada PRU akan datang, kita akan hadapi kerana ia satu situasi yang kita tidak boleh elak. 
"Itu yang terpaksa kita hadapi kerana secara tradisi kita dah 60 tahun lawan Umno. Yang lain (pembangkang) hok (yang) baru-baru semua. Sepanjang masa kita lawan Umno, macam mana pembangkang lain kata kita akan bersama dengan Umno?
"Tidak sama sekali! Tak mungkin!," tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini.
Mustafa juga tidak menafikan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan perpecahan di kalangan pembangkang dan ini sekali gus memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional untuk menang. 
"Kesimpulannya di Malaysia ni, kalau berlaku perpecahan di kalangan pembangkang iaitu pertandingan tiga penjuru, pembangkang akan kalah...cakap terus terang...ia tidak akan menguntungkan.. pembangkang semua akan rugi.
"Tapi Pas biasa kalah dan menang, pernah juga menang hanya satu kerusi pada PRU tahun 1978, tapi kita boleh bangun balik. Parti lain kalau jadi camtu (seperti itu) dia akan mati, sempat sekali PRU lepas tu dia hilanglah," katanya.
Mengulas serangan parti-parti pembangkang terhadap Pas mutakhir ini termasuk parti serpihan Pas, iaitu Amanah dengan mendakwa parti itu bersekongkol dengan BN, Mustafa berkata ia satu strategi untuk menjatuhkan Pas dan mendapat sokongan daripada pengundi yang percaya dengan tohmahan tersebut.
"Dia (pembangkang) sudah tidak ada modal lain untuk serang Pas. Sebab itu dia cakap hodoh tentang Pas. Tapi alhamdulillah, tidak berjaya setakat ini.

"Amanah sendiri boleh dikatakan antara parti yang tidak mendapat sokongan daripada rakyat. Kalau ada orang Umno yang keluar pun sama ada dia akan masuk Bersatu atau masuk Pas, dia tak akan pergi kepada PAN," katanya.
Berhubung penetapan kerusi dan calon-calon yang bakal bertanding pada PRU14 kelak, Mustafa berkata perkara tersebut belum dimuktamadkan namun perbincangan antara pimpinan tertinggi Pas sudah dijalankan.
Beliau turut membayangkan peningkatan jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi Pas berbanding sebelum ini iaitu 73 kerusi namun tidak melebihi 100 kerusi Parlimen.

8 ulasan:

  1. Tindakan pas ini akan mengekalkan umno-bn memerintah malaysia. Jika pas join PH, mungkin bn kalah pru14.

    BalasPadam
  2. Yang dok panaih punggung la ni PAN, xtau nk dok tang mana, dok angan2 nk duduk kerusi yg depa bawa lari, mat sabu tidoq xlena bila PAS xmo join PH, nk minta kerusi tradisi DAP...jgn harap DAP nk bagi..tobat lahom xbagi, KITA KALAH XPA TOK PA, JANJI ADA MARUAH DIRI

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa tak bawak lari....depa punya nama kat kerusi tu....bukan depa tumpang PAS...tapi PAS yg tumpang depa....cuba lawan masa PRU 14...confirm PASPISPUS.....mamPUS.....hihihihi

      Padam
  3. Nampak PAS yang panas punggung sebab yang keluar kenyataan di atas adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

    BalasPadam
  4. Tunggu PRU je la. Hadi pun pernah kalah di kawasan dia. Mat Sabu pun pernah kalah. Biar la PAS dgn ego dan sombongnya... tak payah dijemput sertai PH. Kot dah menang... khianat pulak. Silap haribulan..waktu pencalonan tu dia letak wakil bertanding. Bukannya tak pernah berlaku... kerap sangat

    BalasPadam
  5. Pak Pa, threesome atas katil ka dgn awk yg hari tu? Pak Pa tak mau la pakai seluat dalam besor, x sexy. Kita threesome ya Pak Pa dgn awek Pak Pa yg dlm video clip tu ya.

    Pak Pa bayar dia dgn duit derma Ahlil PAS

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA