Rabu, 19 April 2017

Najib cakap tak serupa bikin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran merujuk kejayaan dasar pendidikan dilaksanakan di negeri pimpinan PAKATAN dalam menawarkan askes pendidikan terbaik kepada rakyat.
izzahNaib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Najib tidak sewajarnya membuat kenyataan dangkal dengan mempolitikkan isu pendidikan demi kepentingan tertentu.
Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sebenarnya tidak mempunyai kesungguhan tinggi memartabatkan aspek pendidikan negara ekoran pemotongan peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2017 lalu.
“Dakwaan ini jelas berniat jahat dan dibuat tanpa merujuk kejayaan kami di negeri pimpinan PAKATAN terhadap usaha memaju dan meluaskan akses pendidikan kepada semua rakyat terutamanya anak Bumiputera daripada keluarga memerlukan.
“Hakikatnya, Najib semasa membentangkan Belanjawan 2017 lalu mengumumkan pemotongan peruntukan untuk universiti awam berjumlah RM1.5 bilion tetapi kemudian mendabik dada sebagai pejuang pendidikan Bumiputera.
“Jika benar Najib ikhlas memperjuangkan pendidikan Bumiputera, beliau selaku Menteri Kewangan tidak akan memotong sesen pun peruntukan universiti awam,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Perdana Menteri ketika merasmikan program pendidikan pada satu majlis baru-baru ini mendakwa PAKATAN akan menghentikan semua program biasiswa seperti ini jika mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan.
Membidas kenyataan itu, Nurul Izzah mempersoal peranan sebenar Kerajaan Persekutuan dalam membantu meningkatkan imej pendidikan negara apabila Putrajaya mengehadkan peruntukan biasiswa Mara dan JPA yang menyukarkan pelajar berkelayakan melanjutkan pelajaran di luar negara.

“Situasi ini jelas membuktikan Najib hanya ‘cakap tak serupa bikin’ dalam hal pendidikan Bumiputera dan pelajar miskin,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut percaya, pendidikan percuma boleh dilaksanakan di negara ini jika amalan pentadbiran telus dan bebas rasuah diamalkan pentadbiran Putrajaya.
“Jika ia dapat dilakukan, maka impian rakyat Malaysia untuk mendapat akses pendidikan secara percuma seperti di negara Eropah akan semakin menjadi nyata,” katanya.
Untuk rekod, Selangor merupakan satu-satunya negeri melaksanakan dasar pendidikan percuma di bawah Skim Dermasiswa yang dilaksanakan di Universiti Selangor (UNISEL).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA