Rabu, 12 April 2017

Komen Ahmad Zahid terhadap jawatan baharu Hishammuddin


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongannya terhadap tugas baharu Datuk Seri Hishammddin Hussein bagi membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Pelantikan ini sesuai dan saya yakin beliau (Hishammuddin) dapat membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan juga tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan, " katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dipetik.
Menurut Zahid, beliau yakin Hishammuddin mampu melaksanakan tugas yang baru diamanahkan itu.
Sementara itu, Hishammuddin ketika menerima berita pelantikannya itu pula, menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, satu penghormatan dan kepercayaan yang cukup dihargainya.
Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga bersetuju dengan pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.
"Pelantikan ini sesuai dengan perkembangan dan landskap semasa tiada kaitan dengan pilihan raya umum, " katanya.
Pelantikan itu membolehkannya menjalankan tugas selain tanggungjawabnya beliau sebagai Menteri Pertahanan.

2 ulasan:

  1. Saya rasa perlantikan hisham ini lebih bersebabkan pertalian sepupu.
    Jika sejarah berulang, mungkin malaysian akn dpt TPM baru.

    BalasPadam
  2. mari kita pastikan bhw perlantikan PM tidak lgi berdasarkan bhw bapak dia org adalah PM sebelum nie....sbb sejarah telah melakarkan bhw perlantikan seperti itu menjahanamkan negara.....sbb mereka tak ada kebolehan utk memajukan negara....dll....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA