Rabu, 19 April 2017

Khalid Samad patut bersyukur tak dipukul teruk, kata anak Tajuddin

Anak pemimpin Umno Pasir Salak itu berkata ahli Parlimen Shah Alam bernasib baik.
firdau-2
Firdaus Tajuddin, salah seorang anak wakil rakyat Pasir Salak yang baru-baru ini dihukum denda RM100 bersama 7 pemuda kerana merusuh di Parlimen November lalu, berkata sasaran mereka, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, sepatutnya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan.
“Dia patut bersyukur, kalau dia hina bapa orang lain, mungkin dia teruk dipukul,” katanya kepada FMT.
Firdaus, 35, abangnya Faizal, 43, adalah anak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Mereka bersama 6 lain dituduh menggunakan perkataan kesat dan berkelakuan mengugut Khalid tahun lepas dengan niat mengganggu keamanan.
Ia selepas Tajuddin dan Khalid bertikam lidah di Dewan Rakyat, selepas Khalid menggunakan perkataan “sial” ketika mendesaknya menarik balik kenyataan berbaur lucah terhadap Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.
Tajuddin dalam perbahasan berkata Teresa adalah satu-satunya wanita yang mempunyai “Kok”, mencetuskan ketegangan dalam Dewan Rakyat.
Firdaus berkata Khalid bernasib baik kerana mendakwa Khalid mungkin dibelasah teruk sekiranya ia melibatkan orang lain.
Khalid yang kesal dengan hukuman yang dikenakan ke atas Firdaus dan Faizal, mencabar mereka berdua mengulangi perkataan “Kok” terhadap Teresa di luar Dewan.
Firdaus berkata apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat tahun lalu tiada kena mengena dengannya.
“Kami tidak terlibat dengan pertelingkahan berlaku antara mereka.
“Kami marah kerana Khalid mencabar kami mengulangi perkataan ‘kok’ sebagai berniat jahat, cuba putar belit untuk mengalih isu sebenar ,” katanya kepada FMT.

4 ulasan:

  1. Dah terlepas hukuman nak bercakap besar lg. Laknat punya budak, jk kau bukan anak menteri umno dah tentu meringkuk dlm penjara skrg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Nasib dia baik krn dia anak menteri umno.

      Padam
    2. apa ko ingat ko pukul teruk...khalid samad...ko ingat boleh lari dari hukuman yg lebih teruk jugak ker.......opppppssss....sorry....baru sedar yg malaysia nie ada dua jenis standard hukuman......utk pembangkang dan penyamun umno/bn......hihihihihi

      Padam
  2. memang sial.malaun ni satu malaysia perangai serupa jer...ni la barisan pelapis....hahahahha..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA