Khamis, 13 April 2017

Kerajaan perpaduan: Rafizi dedah Nasharudin terima dana 1MDB


Nasharudin Mat IsaNasharudin Mat IsaKetua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung melalui Facebook hari ini, beliau menamakan bekas timbalan presiden Pas itu sebagai penerima dana 1MDB.
Rafizi juga membuat akuan berkanun berhubung perkara itu.
Beliau mendakwa Nasharuddin menerima dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Nasharuddin yang kalah kepada Mohamad Sabu dalam pertandingan timbalan presiden parti selepas itu sering dikaitkan dengan agenda kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Beliau kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib.
Rafizi RamliRafizi RamliRafizi pada 6 April lalu mendakwa mempunyai bukti seorang yang rapat dengan kepimpinan Pas menerima dana itu yang disalurkan langsung daripada akaun peribadi Najib.
Rafizi kemudian terus berteka-teki selama seminggu dan hanya memberi bayangan individu itu sebagai pemimpin Pas dan pernah ditegur mursyidul am Pas Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

1 ulasan:

  1. SPRM patut siasat sumber dana ini. 90 juta tu banyak woi.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA