Sabtu, 15 April 2017

KEADILAN optimis sokongan rakyat ambilalih Putrajaya

BANDAR MELAKA, 15 APRIL: KEADILAN yakin rakyat menyokong Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14) dan mengambilalih pentadbiran negara di Putrajaya.
IMG_20170415_154611_288Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ini ekoran pelbagai masalah termasuk kejatuhan ekonomi dihadapi kerajaan diterajui Umno-Barisan Nasional (BN).

“Bagi KEADILAN, saya yakin kerana kerosakan ekonomi itu sudah tidak boleh diperbaiki lagi dan kegagalan Putrajaya untuk memelihara kedaulatan negara.
“Rakyat akan memberikan satu hukuman (kepada Umno-BN) dalam pilihan raya umum akan datang ” katanya kepada media selepas majlis perasmian Konvensyen KEADILAN Melaka di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar Selangor itu menegaskan PAKATAN melalui barisan pimpinannya mesti menonjolkan kepemimpinan yang berwibawa dan agenda rakyat cukup jelas.
Katanya, kelebihan PAKATAN yang boleh dinilai rakyat adalah kejayaan gabungan itu mentadbir Selangor dan Pulau Pinang melalui pencapaian cemerlang yang menggambarkan kesediaan mentadbir Kerajaan Persekutuan.
“Bagi saya yang menentukan kemenangan adalah rakyat, bukan individu, bukan Perdanan Menteri ” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hubungan bersama PAS juga mantap dan tidak menghadapi masalah berbanding apa digambarkan sesetengah pihak.
“Itu pandangan pihak di bawah, apa yang penting pimpinan di atas harus menentukan masa depan negara.

“Saya yakin pemimpin PAS juga berkeyakinan perubahan mesti dilakukan di Putrajaya dalam PRU14 akan datang,” katanya.
Majlis perasmian konvensyen dirasmikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin dan Timbalan Pengerusinya, Que Teck.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA