Rabu, 12 April 2017

Kata Rafizi boleh dengar, tapi tak boleh pakai sembang Mohd Amar

KOTA BHARU - "Ingat balik rekod dia, kenyataan dia, dengar boleh, tapi tidak boleh pakai," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika diminta mengulas mengenai Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Menurutnya, tuduhan penerimaan dana yang dilemparkan kepada Pas itu langsung tidak berasas, malah ia dilihat sebagai salah satu cara untuk 'lari isu' daripada isu-isu besar yang melibatkan PKR kini.
Mohd Amar "Pada pandangan saya, dia sengaja buat, sama ada nak populariti ke apa ke, saya tidak pasti. Tapi kita tengok balik rekod dia lah, tidak berapa baik. Kalau kita respon pun, buang masa.
"Kalau betul dia nak sebut siapa orangnya yang dimaksudkan, baguslah, kita tunggu dan lihat nanti," katanya kepada media di sini.
Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Rafizi yang mendakwa Pas menerima wang daripada 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).
Individu yang menerima dana itu masih belum didedahkan, bagaimanapun ia dibayangkan sebagai bekas pemimpin kanan parti itu.
Ketika ditanya adakah tindakan Rafizi itu merenggangkan lagi hubungan PKR dan Pas, Mohd Amar berkata, ia boleh diibaratkan seperti menambah garam pada luka yang sedia ada.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, mengulas mengenai PKR Negeri yang menyokong pindaan Akta RUU 355, Mohd Amar berkata, tindakan tersebut dihormati walaupun ia agak terlambat.
"Kita ucap terima kasih, tapi agak terlambat. sama juga seperti sokongan Anwar Ibrahim, baik, tapi lewat. sepatutnya nyatakan sokongan dari awal, supaya tiada kekecohan berlaku di Parlimen,"katanya.

3 ulasan:

  1. Haloooo..Nama dia ada dlm dewan mckk ..Pelajar terbaik..Nama hg Ada..Blah la..

    BalasPadam
  2. Mat bulat ni ingat org peduli cakap dia. Dia cuma akan diingati sbg mamat yg beli range rover bawah harga pasaran

    BalasPadam
  3. mamat ni pulak dengar tak boleh...pakai sembang lagilah....merapu tak habih2.....kalu terdengar dia cakap apa2.....baik tutup atau blah saja.....tak der faedah.....otak tahap assobiyah antarabangsa.......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA