Ahad, 16 April 2017

Kami tak perlu RM90 juta 1MDB, ahli akan derma duit sembang PAS

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, parti Islam itu lebih kaya daripada itu dan ahli akan mengeluarkan duit secukupnya bagi menampung keperluan parti.
zawawi
BUKIT MERTAJAM: PAS tidak memerlukan dana RM90 juta yang kononnya didakwa diterima daripada 1MDB dan tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak kerana parti itu bergantung sepenuhnya kepada hasil sumbangan ahli, kata setiausaha Majlis Syura Ulamanya.
Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh yang dipetik Bernama berkata, anggapan PAS menerima RM90 juta daripada 1MDB tidak berasas dan tidak profesional.
“PAS lebih kaya daripada itu. Kalau kita masuk pilihan raya, saya boleh sebut berapa kita nak, semua ahli PAS akan berkorban dan mengeluarkan duit secukupnya dalam berapa yang kita nak. Ini kelebihan yang ada pada PAS dan tiada dalam parti lain,” katanya selepas merasmikan Konvensyen PAS Pulau Pinang di Yayasan An-Nahdhoh hari ini.
Khamis lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menerusi akuan berkanun berkata, seorang bekas pegawai Suruhanjara Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu beliau yang sebahagian daripada dana berkait 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengalir “kepada peguam tertentu” sebelum ia sampai kepada bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Menurutnya, perkara itu turut diketahui Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.
Nasharudin yang menafikan dakwaan itu menyifatkan tuduhan Rafizi tidak berasas dan mengarahkan peguamnya memulakan tindakan undang-undang.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa pemimpin atasan PAS menerima RM90 juta yang dimasukkan ke akaun pihak terbabit sebagai usaha menarik kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Dalam perkembangan lain, Zawawi berkata, kerjasama politik PAS dan PKR akan ditentukan dalam Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah, pada 27 April hingga 1 Mei ini.
Beliau berkata, isu mengenai tahaluf siyasi PAS-PKR itu akan menjadi topik perbincangan dan berkemungkinan besar akan mencapai keputusan sepakat.

“Ketika ini, hubungan dengan PKR masih tawaqquf dan isu ini akan dibincang dalam muktamar dan keputusannya kita sama-sama lihat nanti. Saya yakin perkara ini dapat dimuktamadkan sepenuhnya di muktamar dan tidak dipanjangkan ke Majlis Syura seperti sebelum ini.
“Apa yang saya boleh kata, muktamar kali ini berlainan dengan sebelumnya dan banyak perkara serta isu hangat akan dibangkitkan,” katanya sambil menambah PAS sebelum ini mengisytiharkan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan DAP dan Amanah.
Sebanyak 13 Kawasan PAS Pulau Pinang bersetuju membawa usul itu menggesa PAS pusat memutuskan hubungan politik dengan PKR kerana parti itu dilihat tidak lagi menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.

11 ulasan:

  1. Ahli yg bodo...Utk pemimpin tak hati perut.. Melayu mmg bodo

    BalasPadam
  2. Pas...Parti Angkuh Sangat, jgn bnyk ckp, biar serban berbelit, ckp jgn berbelit, bila nak saman rafizi, husam musa, sarawak report....

    BalasPadam
  3. Ust ni ckp sbb xtau cerita sebenar. Tanya Kump UG yg dketuai Hadi, Amar, Takiyudin, Tantawi, Abduh, Razman dll yg giler rapat sngt Umno..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, dia pun satu geng jg!

      Padam
  4. Betul yang dikatakan Ustaz Nik Zawawi bahawa PAS tidak perlukan RM90 juta tetapi yang berhendak kepada RM90 juta adalah pemimpin-pemimpin yang tamak dan rela melihat Islam dan rakyat terus dizalimi oleh Umno/BN. Lihat sahaja ustaz-ustaz PAS sekarang yang begitu ghairah menayangkan harta benda dan kemewahannya sedangkan ramai ahli-ahlinya dipaksa impak untuk parti.

    BalasPadam
  5. Bukankah Datuk Nasha juga salah seorang dari ahli? Berapa banyak sumbangan beliau..? Mungkin lebih dari RM 90 juta seperti mana yang diakui oleh SU MSU?

    BalasPadam
  6. Mula-mula rakyat tak percaya dengan laporan SR. Tapi setelah melihat pis mula menghalakan senjata ke arah parti dalam PR dan kini pula PH, rakyat mula percaya dengan laporan SR itu. Hari ini rakyat sangat yakin dengan laporan SR tersebut berdadarkan kenyataan dan jawapan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin pis berhubung dakwaan Rafizi

    BalasPadam
  7. Sungguh menghairankan apabila pemimpin Umno/BN langsung tidak memberi sebarang respon berkenaan dakwaan RM90 juta ini. Tidakkah pis nampak permainan pemimpin Umno/BN yang hanya membiarkan pemimpin pis terkial-kial menjawabnya. Mengapa pis enggan mendesak pemimpin Umno/BN menjawab atau menafikannya?

    BalasPadam
  8. Jawapan tuntas kepada persoalan RM90 juta ini hanya terletak di tangan Datuk Nasha sahaja dan bukan oleh pemimpin pis. Beliau hanya perlu mengisytiharkan harta dan menyaman Rafizi dan segala-galanya akan terjawab. Lagi banyak pemimpin pis menafikannya, lebih yakin rakyat yang pis melakukannya. Persoalan ini langsung tak memerlukan pemimpin pis untuk menjawabnya. Oleh itu jangan menyibuk.

    BalasPadam
  9. Sebenarnya pis telah terperangkap. Check mate buat pis. Bye..bye

    BalasPadam
  10. Inilah jawapan paling bodoh dalam dunia. Bukankah Datuk Nasha itu masih ahli Pis? Dulu pemimpin Pis menuduh PKR khianat apabila dua ADUN PKR Perak menerima rasuah sehingga menyebabkan kerajaan PR Perak runtuh pada tahun 2009. Kini tuduhan itu sudah mula berbalik kepada pis semula.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA