Ahad, 16 April 2017

JR Plus beri kegerunan kepada pembangkang sembang KJ..!!


KUALA LUMPUR - "Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kegerunan kepada pihak pembangkang terhadap perpaduan BN dalam menghadapi PRU14," kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata JR Plus yang dilancarkan dua hari lepas menunjukkan kesiapsiagaan yang tinggi  kalangan jentera BN dan hanya menunggu pembubaran Parlimen sahaja.
"Sebenarnya kami telah bersiap sedia (untuk menghadapi PRU14) lebih awal lagi dan kami tidak tunggu dan lihat apa yang pembangkang buat.
"Saya rasa semua yang lihat pelancaran JR Plus sedikit gerun dengan perpaduan yang ada dalam BN dan persiapan kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Anak Muda Turun Padang 'Volunteer for Kuala Lumpur 2017' di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai JR Plus yang dilancarkan Najib dua hari lepas yang bakal berfungsi sebagai platform bersama jentera Umno dan BN menghadapi PRU14.
JR Plus bakal menggabungkan jentera pilihan raya sayap Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan parti komponen BN dan sayap masing-masing.

Sementara itu, mengenai program sukarelawan itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata ia sebahagian daripada usaha menanam mentaliti kelas pertama kepada sukarelawan yang terlibat, sesuai dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050.
Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menghimpunkan golongan belia sebagai sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan, pembersihan dan mencantikkan sekitar kawasan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

2 ulasan:

  1. Tengok je la.. JR...JKKK... JLow ke..ada aku kisah

    BalasPadam
  2. Ayat bodek...Ayat ngampu..Kami faham ..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA