Isnin, 17 April 2017

Jika kita dalam sepatu Najib...

Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai menteri tugas-tugas khas terus mengundang telahan ramai.
Ketika pelbagai spekulasi itu ditepis pemimpin BN, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub tampil mempertahankan kenyataannya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mencari jalan keluar.
Salahuddin mengaitkan perkara itu dengan perkembangan siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan dakwaan pengubahan wang haram melibatkan wang berpunca daripada 1MDB.

“Perkembangan ini sangat merisaukan Najib dan Umno BN,” katanya.

Sekiranya kita berada di sepatu atau kedudukan Najib maka mencari jalan keluar adalah pilihan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.”
Dalam kenyataan hari ini, Salahuddin berkata 1MDB dan Malaysian Official 1 (MO1) menjadi "sumpahan berpuaka" bagi Najib serta menghantui setiap inci kehidupannya.
“Bagi Najib isunya sekarang adalah jaminan keselamatan keluarga dan hartanya setelah bersara,” katanya.
Justeru, tambah Salahuddin, Najib tiada pilihan lain melainkan memberikan kepercayaan kepada sepupunya Hishamuddin Hussein bagi tujuan tersebut.
“Kemungkinan Najib memberi laluan kepada Hisammuddin sebagai PM sebelum PRU ke-14 adalah telahan politik yang munasabah.

“Yang penting bagi Umno BN adalah kelangsungan kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA