Isnin, 17 April 2017

Husam: Saya tak terima wang syarikat judi

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat yang berkaitan dengan perjudian.
Husam juga telah menghantar surat tuntutan guaman kepada Zaharin Mohd Yasin yang menuntut permohonan maaf dan penarikan balik dakwaan itu.
Husam memberi tujuh hari kepada Zaharin untuk berbuat demikian atau tindakan saman akan dimulakan.
"Tuduhan ini tak benar,” katanya pada sidang media di Wisma AMANAH di ibu negara hari ini.
Beliau juga berkata tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya, yang terkenal sebagai seorang taikun judi.
Zaharin pada 10 April lalu menulis di Facebooknya mendakwa, Husam menerima wang itu tetapi bukan untuk dirinya sebaliknya untuk PAS, ketika beliau masih bersama parti itu.
Zaharin juga menulis, duit tersebut telah dijelaskan bukan hasil judi sebaliknya daripada perniagaan lain yang bukan haram.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu.

2 ulasan:

  1. Husam...lwn tetap lawan. Wpun yg kita lwn tu adalah pimpinan parti lama.

    BalasPadam
  2. Dato' Husam dah mulakan proses saman tapi bagaimana pula pemimpin-pemimpin PAS yang kecoh dengan isu RM90juta sampai sekarang hanya gempak sahaja.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA