Khamis, 13 April 2017

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN ONN PERDANA MENTERI MALAYSIA - ZAM


Apapun tafsiran dan anggapan tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah memperkukuhkan lagi kewibawaan politiknya dengan keberanian mengambil risiko melantik sepupunya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di JPM.
Perlantikan ini sekali gus mengesahkan masa depan negara di dalam tangan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri. Beliaulah bakal Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya sekadarkan sesuai untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri buat selamanya. Itupun jika beliau tidak menderhaka.
Harus diingatkan bahawa Najib mengambil tindakan ini dalam keadaan krisis keyakinan rakyat terhadapnya sedang memuncak dan dalam keadaan ramai melihat Zahid sebagai pengganti.
Zahid adalah seorang yang paling popular dalam parti,jauh lebih popular dari Hisahmuddin yang kemenangannya sebabai Naib Presiden UMNO terus diragui kerana adanya sokongan Istana dan juga sunglap politik.
Terbukti Najib sanggup melakukan segala-galanya ntuk mempastikan Hishamuddin sebagai Perdana Menteri setelah berjaya meruntuhkan halangan Mukhriz Tun Mahathir dan sanggup mengambil risiko tinggi menyekat hasrat bergelora Zahid untuk menjadi Perdana Menteri.
Zahid mesti menerima hakikat bahawa pada pandangan Najib beliau hanya layak sekadar menjadi Timbalan Perdana Menteri sepeerti Tun Mahathir menilai Gafar Baba tetapi Najib lebih telus dalam hasratnya tanpa membaling batu sembunyi tangan.Beliau tidak secara langsung telah memberitahu negara Hishamuddinlah Perdana Menteri walaupun demoralising Zahid
Hishammuddin yang telah terjamin masa depannya tidak boleh menasihatkan orang ramai dari membuat berbagai andaian walaupun Zahid telah terpkasa menelannya dengan pahit apabila membuat kenyataan menerinma baik perlantikan Hishamuddin itu. Ia adalah ibarat isteri pertama yang memberikan senyuman pahit dalam mengiuzinkan suami beristeri dua kerana takdir dan jodoh.

Zahid mestilah menerima hakikat ini walaupun pahit jika beliau hendak terus memelihara statusnya. Orang Jawa terkenal kerana kesetiaannya dan kepimpinannya tetapi orang Jawa di Malaysia khsususnya dalam UMNO hanya sekadarkan menjadi alat politik dan tidak setaraf dengan Jawa Indonesia yang boleh menjadi pemimpin pertama dan memerentah seluruh negara dari Sabang ke Meroke.
Najib telah membuktikan kebenaran kepercayaannya bahawa kuasa adalah bergantung kepada keupayaan menabur dedak mengikut taraf dan untuk itu Wang adalah Raja.Malangnya Zahid ada wang tetapi tak boleh jadi Raja.

3 ulasan:

  1. Jgn jadikan malaysia negara feudal. Jgn jd jawatan PM diwarisi oleh anak cucu bekas pemimpin lepas(kecuali dia mempunyai ciri2 sgt terpuji).
    Calon yg paling layak ialah dsai atau dato husam atau rafizi. Mrk bukan drp keturunan bangsawan. Undilah dgn bijak dan berhemah

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,WR,WB...
    Saya hanya sebagai perantara untuk menyampaikan tentang ritual gaib AKI DRAJAT, Saya sengaja menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah ekonomi/keuangan ataupun punya masalah hutang piutang.Permasalahan akan di tuntas AKI DRAJAT dengan ilmu gaip yang kasat mata.!!
    Pertama-tama Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada AKI DRAJAT yang telah membantu kehidupan keluarga saya, Dulunya saya cuma kerja jadi tukang cuci keliling. penghasilan saya perhari paling tinggi 70ribu, Hanya pas pasan untuk mengecukupi kehidupan keluarga saya..Alhamdulillah sekarang sejak saya bergabung jadi member (AKI DRAJAT), Saya sudah berkali kali menang togel dan ini kemenangan saya yg Ke 3X nya kemarin di kasih angka ritual 4D,Syukur Alhamdulillah angka yg diberikan aki tembus lagi, Impian saya selama ini sudah jadi kenyataan kehidupan keluarga saya pun jauh lebih baik dari pada sebelumnya...
    Buat bapak/ibu yang ingin mendapatkan REJEKI melalui jalan TOGEL..
    JIKA ANDA BERMINAT SILAHKAN HUBUNGI BELIAU SEGERA
    DI NO.HP : 0822-9777-2626 (AKI DRAJAT)
    yang benar2 ingin di bantu
    Insya Allah Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib AKI DRAJAT..."

    Info lebih lengkap klik =>> http://angkajitubocorantogel2d3d4d.blogspot.com
    .
    .
    ===>>AKI DRAJAT<===
    NO.HP : 0822-9777-2626


    ==KLIK DISINI UNTUK BOCORAN ANGKA 2D,3D,4D,5D,6D HARI INI==

    BalasPadam
  3. Selain sepupu, Keupayaan berkomunikasi dalam BI oleh hisham lebih baik dari zahid sbb tu najib mau hisham jadi pm.ini penting untuk perhubungan international.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA