Ahad, 16 April 2017

GURINDAM SELOKA TUDUHAN DERMA RM90 JUTA

RAFIZI kata, Najib (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) bagi derma. Kepada PAS parti ulama.
Jumlahnya besar tidak terhingga. Bukan RM2 juta macam Mat Maslan terima. Atau RM1 juta kepada Shahrir orang lama. Tapi RM90 juta jumlahnya.
Rafizi kata dia tak auta. Sebagai bukti, SD dia buat sama. Kalau berani samanlah dia.
Maka kecut perutlah PAS. Terpaksa hempas pulas. Cari alasan buat ancaman. Supaya ahli dan penyokong tak sangka yang bukan-bukan.
Rafizi kata, Ustaz Nashrudin Mat Isa adalah perantara. Duit “curi” SRC International dialah yang terima. Dulu dia orang kuat PAS. Tapi tahun 2011 lawan Mohamad Sabu dia tewas.
Nashrudin kata, dia tak terima. Ini semua Rafizi punya angkara.
Kalau Rafizi dusta, buatlah sumpah SD macam dia.Tuan Ibrahim kata, dia tak tahu apa-apa. Satu sen pun PAS tak terima. Dia kata Ustaz Nashrudin Mat Isa tak sumbang sebarang derma.
Tapi kalau duit RM90 juta itu Najib betul-betul bagi, habis ke mana ia pergi? Najib pun tak nafi.
Kalau “demi Allah” PAS tak  terima, duit itu masuk poket siapa? Takut-takut masuk poket ketua-ketua tapi ahli terlopong ternganga. Lepas itu buat-buat lupa?

Takkanlah dalam PAS pun ada pencuri? Ini parti ulama, parti suci. Takkanlah mereka sebat macam yang Umno buat kepada 1MDB dan SRC?
Takkanlah parti ulama pun curi sini curi sana, beli harta di luar negeri, pi Las Vegas main judi dan beli jet peribadi macam penyamun dan penyangak 1MDB?
Atau ulama PAS pun diam-diam ada rumah di luar negeri, projek sana projek sini, beli kereta mewah untuk anak dan bini?

Kalau tak betul jangan setakat nafi. Ambil tindakan tegas dan berani. Buat SD, lapor kepada polis dan saman si Rafizi.
Kalau setakat nafi kata Rafizi punya angkara, rasa-rasanya tak banyak orang percaya. Mereka akan kata, pemimpin PAS pun sama saja nampak duit habis gelap mata.
Satu hal lagi. Kalau betul derma itu dari SRC, ini sudah duit curi. Duit yang SRC pinjam dari KWAP.
Takkan PAS tak tahu cerita. SRC pinjam duit KWAP lima ribu juta. Duit KWAP milik pesara.
Tak payahlah PAS berdolak-dalik. Orang kita pun dah banyak yang cerdik. Tak boleh ditipu sepanjang masa. Mereka dah tahu banyak rahsia.
Kalau Rafizi tak tarik balik, saman dia biar serik. Kalau tidak orang akan kata, itulah pasalnya dengan Najib PAS sangat mesra. Rupa-rupanya dah dapat sedekah berpuluh juta.

3 ulasan:

  1. Jgn nafi tanpa bukti. Klu Rafizi xbetul...saman dgn SD...hadi hadi hadi......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju pas atau nasha saman rafizi jika dia memfitnah. Jangan nafi mulut sahaja kerana perompak pun boleh nafi.
      Jumpa rafizi di mahkamah utk buktikan siapa yang benar.

      Padam
  2. Nasa.. hadi...abduh...khairul razali.. razman...amar..tantawi...
    Ingat dosa pahala...ulangi kata2 abduh

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA