Khamis, 13 April 2017

Felda tak sorok masalah sembang Shahrir

Pengerusi Felda yang dilantik 3 bulan lalu itu berkata tanah peneroka tidak boleh dicagar dan pendapatan peneroka akan dipulangkan 100%.
shahrir-samad-felda
KUALA LUMPUR: Masalah dalaman yang dihadapi peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan didedahkan kepada umum dan tidak akan disorok, kata pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Shahrir yang dilantik mengetuai Felda pada Januari lalu, berkata pelbagai usaha sedang dilakukan dalam memperbaiki kelemahan Felda pada masa ini, salah satu caranya dengan melakukan rombakan besar-besaran terhadap ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
“Sebenarnya kita tidak ada model baru dalam menyelesaikan masalah dalam Felda. Tetapi apa kita tekankan adalah soal tentang kepimpinan dan betulkan kaedah urus tadbir yang baik.
“Kalau dulu kita letak peranan dan tanggungjawab FIC untuk jana pulangan pelaburan kepada kita. Jadi masa ini kita kena kukuhkan lagi.
“Nak kata saya sorok masalah, saya minta semua ahli lembaga (FIC) letak jawatan, itu satu caranya. Itu perubahan yang kita nak lakukan. Dan pengerusi ahli lembaga juga saya lantik bukan daripada golongan politik dan itu satu cara untuk selesaikan masalahnya,” katanya dalam program 100 hari beliau dilantik pengerusi Felda di sini semalam.

Kepentingan peneroka

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul sebagai pengerusi Felda, dan sejak itu mengambil tindakan drastik dengan mengarahkan semua ahli lembaga pengarah FIC meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut.
FIC merupakan anak syarikat Felda yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.
Tindakan itu merupakan langkah pertama Shahrir bagi membuka jalan untuk menyusun semula FIC.
Mengulas lanjut, Shahrir turut menepis dakwaan pembangkang yang menuduh kepentingan peneroka Felda akan terjejas oleh Inisiatif Pendanaan Swasta (PFI) untuk Projek Perumahan Generasi Baru (PGBF).
Beliau turut mempersoalkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dengan berkata pemimpin PKR itu tidak faham struktur dan falsafah Felda.
“Tanah peneroka itu adalah di bawah (Akta) GSA di mana tidak boleh dicagar dan dibeli oleh pihak-pihak lain. Jadi PFI itu tidak akan membebankan peneroka.
“Saya boleh memberi jaminan (bahawa) harta peneroka tidak akan terjejas kerana sistem dan cara Felda adalah tanah peneroka (berstatus) GSA.”
“Tetapi dia (Rafizi) akan cakap tanah peneroka akan dicagar. Kelirukan orang luar yang tidak faham tentang sistem Felda. Sedangkan pendapatan peneroka 100% dikembalikan kepada peneroka itu model sistem Felda,” katanya.
Di bawah Akta GSA 1960, tanah peneroka tidak boleh sama sekali dipajakkan, pindah milik atau digadai melainkan selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri dan ia juga tidak boleh dibelah bahagi.
Serangan pembangkang
Rafizi mempersoalkan Fasa kedua PGBF yang melibatkan 11,530 unit di mana Felda melalui PFI menandatangani perjanjian dengan syarikat Putra Star Investment Holdings Pte Ltd (PSIH) dan syarikat Terranova Builders Sdn Bhd.

Shahrir berkata masyarakat sendiri boleh menilai apa yang didakwa pembangkang dengan tindakan yang dilakukannya untuk menyelesaikan masalah dalam Felda.
Katanya serangan pembangkang terhadapnya dalam soal Felda dilihat sebagai politik sempit dan hanya untuk kepentingan mereka dalam meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
“Saya tidak tahu apa nak cakap, masing-masing kena tahu sama ada kita buat itu betul atau tidak.
“Kebanyakan dakwaan pembangkang itu jelas dilihat sebagai politik sempit dan tujuan menganjurkan Konvensyen Felda baru-baru ini juga lebih untuk kepentingan pembangkang meraih sokongan warga Felda,” katanta.
Selain itu, Shahrir berkata aset hotel Felda di London juga akan dijual berikutan dilihat tidak membawa kepentingan kepada Felda.
Beliau percaya dengan menjual aset itu dapat mengembalikan pulangan dengan kaedah yang lebih baik dan beri keuntungan kepada peneroka.
“Pembelian hotel do London dilihat tidak memberi kepentingan kepada peneroka dan kita rasa lebih baik dijual,” katanya.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,WR,WB...
    Saya hanya sebagai perantara untuk menyampaikan tentang ritual gaib AKI DRAJAT, Saya sengaja menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah ekonomi/keuangan ataupun punya masalah hutang piutang.Permasalahan akan di tuntas AKI DRAJAT dengan ilmu gaip yang kasat mata.!!
    Pertama-tama Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada AKI DRAJAT yang telah membantu kehidupan keluarga saya, Dulunya saya cuma kerja jadi tukang cuci keliling. penghasilan saya perhari paling tinggi 70ribu, Hanya pas pasan untuk mengecukupi kehidupan keluarga saya..Alhamdulillah sekarang sejak saya bergabung jadi member (AKI DRAJAT), Saya sudah berkali kali menang togel dan ini kemenangan saya yg Ke 3X nya kemarin di kasih angka ritual 4D,Syukur Alhamdulillah angka yg diberikan aki tembus lagi, Impian saya selama ini sudah jadi kenyataan kehidupan keluarga saya pun jauh lebih baik dari pada sebelumnya...
    Buat bapak/ibu yang ingin mendapatkan REJEKI melalui jalan TOGEL..
    JIKA ANDA BERMINAT SILAHKAN HUBUNGI BELIAU SEGERA
    DI NO.HP : 0822-9777-2626 (AKI DRAJAT)
    yang benar2 ingin di bantu
    Insya Allah Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib AKI DRAJAT..."

    Info lebih lengkap klik =>> http://angkajitubocorantogel2d3d4d.blogspot.com
    .
    .
    ===>>AKI DRAJAT<===
    NO.HP : 0822-9777-2626


    ==KLIK DISINI UNTUK BOCORAN ANGKA 2D,3D,4D,5D,6D HARI INI==

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA