Jumaat, 14 April 2017

Dana 1MDB: 'Tak ke bengong tuan-tuan, ini zaman fitnah' - Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pelik dengan sikap pihak yang lebih percaya sumber luar berbanding pemimpin parti itu sendiri.
Mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Tuan Ibrahim berkata, beliau hadir kesemua mesyuarat PAS dan beliau sudah pasti tahu jika benar parti itu menerima dana 1MDB daripada Datuk Seri Najib Razak.
“Kita (saya) duduk dalam mesyuarat PAS Pusat, Mesyuarat harian PAS Pusat, Mesyuarat Syura pun saya terlibat, semua mesyuarat politik saya terlibat, kalau parti terima dana luar saya mesti tahu.
“Tapi yang pelik, kita masuk mesyuarat beritahu orang, tapi orang tak percaya, orang yang tak masuk mesyuarat itu orang percaya.

“Tak ke bengong tuan-tuan, ini zaman fitnah,” kata Tuan Ibrahim dalam ceramahnya Kuala Terengganu malam tadi yang rakamannya dimuat naik oleh Terengganukini.
Rafizi mendakwa bekas timbalan presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana dari 1MDB. Nasharudin menafikan dakwaan itu dan berkata beliau difitnah, di samping menyifatkan dakwaan itu berniat jahat.
Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam ceramahnya turut membidas tuduhan itu yang disifatkannya sebagai kerja ‘kaki fitnah’.
“Tak akan orang tuduh pun dengan tuduhan kita nak percaya terus, pakcik nak ke mana, aku nak keluar PAS, pasal apa, pasal PAS dapat sumbangan RM90 juta.

“Memang kerja kaki fitnah ni kerja dia begitu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Tuan Ibrahim, dakwaan Rafizi itu langsung tidak mengejutkannya memandangkan Nasharudin tidak lagi aktif dengan PAS sejak 2011.

Tuan Ibrahim berkata, Nasharudin kini memimpin Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), yayasan yang diilhamkan oleh Najib tidak pernah memberikan sebarang sumbangan kepada PAS.
“Nasharudin bekas pimpinan PAS, betul, tapi dia telah tidak bersama dengan PAS sejak tahun 2011, tak pernah hadir sebarang program bersama PAS.

“Kita pun tahu bagaimana kita tahu dia ini dilantik mengetuai satu GLC syarikat kesederhanaan global yang terus bawah perdana menteri.
“Itu urusan dia tak ada kena mengena dengan PAS dan PAS tak pernah dapat sebarang sumbangan dari beliau,” katanya.

6 ulasan:

  1. Bengong betul titm. Klu ada perancangan ug antara pas dan umno, tak semua cif2 lebai akan dilibatkan. Cuma insider yg terlibat. Penyokong dan walaun tak semua tahu. Bukan semua ahli pas setuju kerjasama dgn umno

    BalasPadam
  2. Siapa yang bengong atau titm buat-buat bengong atau memamang betul-betul bengong? Rafizi tak kata Pis terima dana 1MDB dari Najib. Wang itu disalurkan melalui Nasha dan buka dari luarlah bengong. Bukankah Nasha itu ahli Pis seperti yang diakui oleh SUA dan juga pemimoin parti termasuk titm? Lagi banyak pemimpin cuba pis cuba menafikan hal ini, maka lebih terserlah kebengongannya. Akhirnya rakyat dapat membuat kesimpulan bahawa dakwaan Rafizi ada kebenarannya. Maka adalah lebih baik pemimpin Pis membisu seperti Najib membisu dalam semua dakwaan terhadapnya.

    BalasPadam
  3. Walau pun Nasha tak lagi aktif dalam pis, itu tak bermakna dia tak boleh menyalurkan dana kepada parti. Takkanlah titm tak sedar bahawa kebanyakan derma, infak dan dana yang pis terima adalah dari orang yang tidak aktif malah ramai terdiri daripada bukan ahli pis. Cukup-cukuplah pemimpin pis cuba berdalih. Semakin banyak berdalih semakin banyak terdedah kebenaran dan kebengongannya. Ambil pengajaranlah dari penafian yang dibuat oleh najib and the geng, walaupun dengan menggunakan undang-undang masih tak dapat menutup dosa dan penyelewengannya malah makin terserlah.

    BalasPadam
  4. Fitnah itu amat mudah dipatahkan dengan fakta dan sukar dipatahkan jika kita kemukakan auta tapi sebaliknya kebenaran pula amat mudah diyakinkan dengan fakta dan terlau sukar dengan auta. Oleh itu wahai pemimpin, cubalah bercakap dengan menggunaka fakta dan bukan auta.

    BalasPadam
  5. Hari ini kebanyakan ahli pis keluar parti bukan kerana percaya dengan fitnah luar tapi kerana parti pis sendiri sudah mula mengamalkan budaya fitnah dan maki hamun. Hal ini terbukti berlaku sejak muktamar ke 60 dan kemuncaknya pada muktamar ke 61 yang mana kita melihat semua pemimpin progresif difitnah dan seterusnya secara terancang disingkirkan dari parti. Bukan sekadar itu sahaja, malah kumpulan itu terus dimaki hamun dan difitnah dengan hebat termasuk oleh titm sendiri walau pun seleoas disingkirkan. Bukankah berbaik-baik dan bermesra dengan penyamun yang suatu masa dulu dituduh sebagai kafir itu merupakan suatu perbuatan yang cenderong kepada kezaliman? Bukankah ini juga boleh menimbulkan fitnah? Oleh itu ahli pis keluar parti adalah disebabkan oleh fitnah yang menjadi amalan pis kini dan bukan fitnah luar. Titm jangan cuba menabur fitnah.

    BalasPadam
  6. Semua​ dah kena virus ...Ketua virus yg patut nya kena p Mandi dgn dettol

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA