Jumaat, 14 April 2017

Dana 1MDB: Saya difitnah, tuduhan berniat jahat - Nasha

Datuk Nasharudin Mat Isa hari ini menafikan menerima bayaran yang berpunca daripada 1MDB seperti didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam akuan berkanun (SD) semalam.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata segala dakwaan Rafizi tiada kaitan dengannya serta "fitnah dan berniat jahat" kepada beliau dan parti itu.
“Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan/atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam SD tersebut,” katanya.
Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan hari ini, Nasharudin menegaskan beliau sedia bekerjasama dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes itu.
Beliau juga menyerahkan kepada pasukan peguamnya untuk langkah seterusnya, termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan tindakan lain yang wajar dan sesuai.

3 ulasan:

  1. Rafizi cabar saman melalui akuan berkanun kalau rafizi salah, jmp di mahkamah....pas, pak lebai, walaun dan sekutu pas jgn ckp bnyk, sila buat laporan polis...

    BalasPadam
  2. Nak buat laporan polis, atau apa laporan jgn hari Selasa sbb dah ada yg tempah hari Selasa tu....hi.hi,hi

    BalasPadam
  3. Hanya sprm dan mahkamah yg akan tentukan rafizi atau nasha yang cakap bohong. Kami rakyat marhaen akan tunggu dan lihat.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA