Khamis, 20 April 2017

Batal projek BP1: Kerajaan perlu isytihar henti kutip cukai rakyat di bawah PBT



Kerajaan sewajarnya tidak mengutip sebarang cukai dari rakyat dalam kawasan Parlimen pakatan pembangkang bagi mengimbangi tindakan Tan Sri Noh Omar membatalkan projek BP 1 di bawah tanggungjawab kementeriannya baru-baru ini.
Projek BP1 ialah berkaitan infratruktur berskala kecil melibatkan kemudahan asas projek-projek naik taraf jalan, parit dan longkang,lampu jalan,dalam kawasan parlimen pembangkang.
"Saya mengharapkan kerajaan Umno-BN sewajar mengistiharkan tiada apa-apa kutipan cukai dari rakyat dalam kawasan Parlimen yang dimenangi pembangkang.
"Ini bagi mengimbangi tindakan kerajaan membatalkan projek BP1 di Parlimen yang BN tewas.
"Adalah adil bagi rakyat jika kerajaan boleh membatalkan projek infrastruktur bersekala kecil dan tentunya juga kerajaan boleh membatalkan kutipan cukai dari rakyat," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas keputusan Tan Sri Noh Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengeluarkan arahan membatalkan semua projek jenis BP 1 d kawasan Parlimen yang mana BN tewas dalam PRU 13 lalu.
Keputusan itu telah dicapai didalam mesyuarat kementerian pada 9 Mac 2017 yang dihadiri Noh bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negara dan pekeliling arahan pembatalan tersebut telah dikeluarkan bertarikh 17 mac 2017 oleh Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT.
"Jika PBT pula menggunapakai sikap buruk Tan Sri Noh ini dan kutipan sampah serta pembersihan kawasan hanya dilakukan mengikut kecenderungan politik sesuatu kawasan, maka rakyat akan hadapi satu malapetaka yang dasyat ciptaan Umno-BN.
"Mentaliti menteri seperti Tan Sri Noh ini menunjukkan beliau tidak matang dan tidak tahu membezakan di antara politik, pentadbiran dan tanggungjawab," ujarnya.

Bagaimanapun Mahfuz berkata tindakan dilakukan Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang itu sebagai 'kebudak-budakan'.
"Saya nak ucapkan tahniah kepada Tan Sri Noh dan KPKT serta kerajaan yang bertindak agresif memerangi rakyat yang menjalankan tanggungjawab demokrasi pada PRU ke-13 yang lalu.
"Tindakan kebudak-budakan yang tidak profesional ini telah memberikan gambaran yang jelas pada dunia bahawa kerajaan Umno-BN sangat tidak demokratik pada rakyat sendiri.
"Tindakan ini satu pengistiharan kerajaan Malaysia bukan kerajaan untuk rakyat tapi kerajaan untuk parti Umno-BN.
"Bukan pembangkang yang memburukan imej negara.
"Saya tidak pasti sama ada tindakan kerajaan ini dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu atau pun tidak.
"Langkah ini juga mencemar nama baik institusi Raja Raja melayu yang sering menyebut 'kerajaan Beta dan Perdana Menteri Beta'.
*Rakyat adalah pembayar cukai dan kerajaan tidak boleh menindas sesiapa atas dasar politik." ujarnya.

4 ulasan:

  1. Tak yah GST ..Dll..Sy sokong..Sy pun dah muak bayar pada majlis sy..

    BalasPadam
  2. ... cakap ikut pungkoq, pasai tu taiq saja yang keluaq. Pelaq.

    BalasPadam
  3. Syabas Dato Mahfuz dr Pas. Nk hrp Hj Hadi Abduh Tantawi Razman Amar ckp isu ini...smpi mati pun xckp...sbb apa... sbb duit derma msih mengalir laju.

    BalasPadam
  4. Inilah rupa perangai 'yahudi' atau "syaitan besar' sebenar yang didakap mesra oleh tuang presideng. Saya yakin dan percaya yang tuang presideng akan terkunci mulut kerana tak mahu hubungan mesra dengan 'yahudi' ini terlerai kerana dia telah pun menggesa supaya rakyat yang tak mahu mengundi pis bolehlah mengundi umno.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA